Kita dah habis sem 1 lah!

Lepas exam Structure. Detik 4.15pm yang aku nanti-nantikan sejak pertama kali au masuk UiTM. Biasalah kehidupan remaja macam saya. Bila cuti, tak sabar nak masuk U lah bagai. Bila dah bagi peluang tuntut ilmu, study hard untuk masa depan, jari mula lembik untuk menulis, mata mula kuyu, langkah mula berat setiap kali pergi kelas. Aku tahu itu godaan syaitan tapi normal lah kan, kita mesti ada rasa macam, "Ish! Bila nak cuti ni??" Lepas tu masing-masing buat countdown untuk balik rumah. So, sekarang ni aku ada kat atas kerusi, menghadap lappy, tingkat 2 rumah teres corner lot kaler hijau dikelilingi pokok buluh, kelapa dan pokok-pokok renek yg lain. Mencari idea untuk update blog aku yang dah bosan menunggu tuannya yg comel ni (hihiks ;p ) untuk bercerita kisah hidupnya sebagai seorang mahasiswa.

Ni ada gambar-gambar untuk tatapan korg.


Masa ni tengah umum calon2 MPP yang menang dalam pilihanraya. Haha. Punyalah semangat aku tolong dorg berkempen. Pengalaman pertama aku tengok orang berkempen untuk pemilihan MPP. Hm. Perhatikan Bobby. The one yang berkemeja hitam, paling besar di situ. Buat cenggitu ingat orang takut lettuw! Bayangkan kalau aku buat macam tu setiap kali bergambar. Uishh! Lari ghimau agaknya. hihih ;)


Gambar ni masa site visit. Ktorg pergi Naza TTDI, somewhere around Shah Alam jugak kot? Tak tahu lah aku. Yang aku tahu, aku naik bas, pastu dok excited lelebih dalam bas, org batak nak keluar UiTM. haha. Sedar-sedar dah sampai site. Lepas tu ktorg belajar lama structural element in the building. Macam column, beam, trench n whatever so on. Ini lah kerja aku nanti. Bawah terik matahari, sinaran UV membakar lapisan kulit tanpa izin. Lantas membuatkan seluruh muka aku pedih & merah seperti dibakar. Mujur tak rentung je.


Maaflah gambar muka aku sorg besar pulak tetiba. Nak kasi BOOM sikit. hehe. Masa ni baru lepas berlari sejauh 6km rasanya, bersempena dengan larian SAF. Huii! Berbeza nya aku yg masa ni dengan sekarang. Berbeza lagi time kat matrik dulu. Sihat selaluuuuuu! Sepanjang kat UiTM aku rasa boleh kira berapa kali je aku jogging/buat fitness like less than 10 times lah. Makin kurus tapi berat maintain. Kurus kenapa tak tahu sebab aku rasa selera makan aku BESARR SANGAT! Orang kata sebab aku high metabolism. Eh high ke low? Ahh! Entahlah. Yang penting, aku masih mampu berlari macam selalu. Pantang diajak, terus menyahut!


Actually, ni masa first day of class. Semua still malu-malu, sopan-sopan belaka. Tengoklah tu. Ayu nya aku berbaju kurung siap berstokin gitu! Tapi mana Aina hah? Oh! masa ni aku tak kenal lagi Aina. Aina lah org first yg kata, "Apesal korg ni skema sgt? Gila2 lah sikit." Sebab masa tu kan setiap kali bergambar mesti nak mcm buat muka macam tangkap gambar passport.


Serious gambar ni nampak awkward. Okay.. Semua berdiri betul-betul. Ranging pole tegak. Kita nak tangkap gambar ni. Buat kenangan kita satu group first time buat Surveying dekat site. Tangan di sisi. Lepas ni kita akan nyanyikan lagu Negaraku diikuti dgn lagu sekolah dan lagu wilayah. Eh maaf. Lagu negeri Selangor. Hah! Nampak sangat freshie. Budak-budak yang baru masuk U. Baru nak belajar berdikari, kenal dunia sebenar. Pakai shawl pun ikut dan je. Kaler kontra dgn baju. Haha.


Gambar ni better sikit kot. Duduk sebaris. Lepas tu posing macam-macam style. Ini gaya org yg baru 10% kenal gaya hidup pelajar U. hm. Kali ni nyanyi lagu Negaraku sambil duduk (Y). Dah mula kerek sikit :P Kisah disebalik gambar, ktorg kena re-do surveying yg lepas sebab tak cukup offset. Tu lah. Buat sambil lewa lagi. Ini bukan sekolah lagi adik-adik. Ini dah Universiti. UNIVERSITI!


Sepanjang sem 1, masa ni lah first time aku pakai mekap full set! Daripada foundation, blusher, eye liner, mascara, eye shadow, lipstick, etc. Serious tak suka weh pakai mekap. Aku rasa panas, macam ada lapisan dekat muka yang menghalang kulit untuk bernafas. Macam yg aku expect. Sebelum pergi blusher n lipstick still nampak but bila dah sampai sana dah habis sbb tangan aku tak boleh kawal daripada menggosok mata, mendagu, lipstick tu habis aku dah jilat kot. haha. Tapi memang dah tak ada. Masa ni dinner untuk Builders. All Construction Management students from part 1 til part 7 ada. Special menu kambing golek tapi malangnya aku tak makan kambing. So aku makan nasi je, dengan aiskrim, dengan cendol, dengan kek, dengan jelly. hehehe.. Ini kalilah juga! First and the last aku pakai wedges. Sakit betis aku jalan pakai wedges. Baik pakai flat lagi sihat. Mengurangkan risiko sakit tulang belakang. Prevention is better than cure. Kan?



Lebih nampak gilanya. Dah pertengahan sem. Biasalah tu. Masa ni kali ketiga aku buat Slump Test. Kali kedua aku buat sieve analysis. Kali pertama aku buat Cube Test. Orang lain semua baru first time. Kiranya aku lebih pro lah bab ni. Bakal kontraktor berjaya! hehe. 

Cukuplah tu. Panjang sangat nanti penat pulak korg nak baca. Nanti kita sambung bawah topik lain pulak. Kalau ada typo minta maaf ye! ;) 
ASSALAMUALAIKUM.

Comments