Bayaran parking RM30!


Seronok tak terkata! Tapi masih boleh menaip untuk share segala pahit manis sepanjang hari Jumaat iaitu semalam. Wondering if kat area rumah aku ni ada tak kawan-kawan degree yang tengah bercuti. Aku nak ajak lepak ni! Ataupun aku yang tak ramai kawan? Mungkin aku juga yang jenis bukan kaki lepak tapi kali ni aku memang betul-betul maksudkannya. Aku bosan!

Semalam aku keluar dengan jiran aku; Najihah. Berkawan sejak sekolah rendah sampai sekarang, dialah yang jadi peneman aku setiap kali aku kebosanan. Hari Jumaat dia tak ada kelas. Kebetulan jugak dia nak cari barang-barang dia, alang-alang tu boleh la menyelit shopping sikit-sikit. Pukul 11.00am ktorg pergi kedai Jakel kat Jalan TAR nak beli kain lining. Tengahari tu baru gerak pergi KLCC. Parking dekat basement. JANGAN PARKING DEKAT BASEMENT KLCC! MAHAL GILA! Aku parking situ dari pukul 1 sampai maghrib, maknanya 6 jam, kena charge RM30. Gila tak gila, kenyang jugak mesin tu makan duit aku. Masa tu lah aku berharap mesin tu guna mata wang Indon. 

Dah lama sebenarnya aku tak pergi KLCC sejak aku ada rumah kedua dekat Shah Alam. Tapi ktorg tak jalan-jalan sangat dalam KLCC tu. Kami ke Avenue K! Butik-butik kat situ.. pergh! ohsem ahh! H&M situ serious bapak besar (kat Malaysia selalunya mak lagi besar dari bapak. Tak tahulah kenapa org selalu kata bapak lg besar. hehe. gurauan semata-mata). Selain H&M, ada jugak butik-butik macam Cotton On... banyak la. Aku tak ingat pulak nama kedai. Asal nampak 'SALE' je aku masuk walaupun aku memang dah tahu aku akan keluar dengan tangan kosong. hehe :p

Besides shopping, ktorg ada jugak tengok wayang. Pasal wayang nak cerita apa? Aku fokus tengok screen je. Dari awal sampai habis. Jangan la cakap apa2 dengan aku. Aku memang pandang korg tapi apa2 yg korg cakap tu tak dapat proses dalam kepala. Makan masa tengok movie pun aku tak suka sebab mengganggu tumpuan aku. Ha sekarang pasal makan! Makan ye makan.. First! Aku makan Sushi King. First time & the last time! Hairan betul orang dok kata sedap. Benda nya kecik je tapi mahal. RM4 tu aku boleh dapat nasi lemak sebungkus dengan ayam goreng. Pergh.. pergh.. Lapar pulak. Pastu tak ada rasa manis langsung. Aku mencari jugak sesuatu yang manis tp tak ada. Biasalah lidah Kelate :p Nasib baik aku beli kebab. Kebab favourite only at Kyros Kebab. Dapnye! Ditambah pulak dengan dessert kek coklat Secret Recipe. Aku tak pandang cheese cake yg famous tu. Yang menyerlah, bersinar-sinar seperti ada cahaya yang memancar cumalah kek coklat yang ordinary iaitu Chocolate Chip Walnut. Setiap kali pergi Secret Recipe memang kek itu jelah yang aku makan. Kek lain sebelah mata pun aku tak pandang. Satu, sebab aku tak suka cheese. Dua, sebab aku suka coklat! Tiga, sebab aku rasa kek yang perisa buah macam pelik ;)

Lepas solat maghrib, ktorg sambung perjalanan ke Pavillion tapi kat situ tak dapat nak pergi setiap floor sebab dah malam. Terlepas hajat nak pergi beli jeans. hmm.....

Comments