Universal Studio Singapore

Assalamualaikum.



Itu pendahuluan aku. Cukup kan? Aku dah tak sabar nak cerita isinya. Berkemungkinan besar akan panjang berjela tp tu pun kalau jari tak lenguh menaip. Baca sajalah :)


Sekarang ni musim cuti sekolah. Bosanlah kalau duduk 'sebek' kat rumah je. So, aku bg cadangan pergi Universal Studio. Mula-mula tu ayah aku tak bagi pergi sebab tiket masuk mahal tapi setelah ayah aku kena torture dgn adik-adik aku, terus jadi pergi. hhe :P Hari khamis ktorg bertolak ke Johor. Tidur semalaman dekat hotel paling dekat dgn imigresen. Esoknya aku bangun tidur pukul 6am dah jammed laluan masuk ke Singapore. Pukul 6am beb ! Awalnya dorg ni pergi kerja. Ktorg gerak dlm pukul 7.30am macam tu. Serious jalan sesak gila. Maknanya kalau korg nak pergi naik kereta mcm ktorg, kena bertolak lagi awal la. Sebelum masuk Singapore, make sure benda2 ni ada :

1) Passport
2) Borang keluar negara
3) Kad touch n go (untuk keluar drpd Singapore)
4) Cash card (untuk kegunaan di Singapore)

Aku tahu kad-kad tu sangat melecehkan. Nak taknak memang terpaksa beli. 

Sampai dekat USS dalam pukul 11am. Kelebihan untuk org yg booked online, tak payah beratur panjang untuk beli tiket. Makanan & minuman daripada luar sebenarnya tak dibenarkan untuk dibawa masuk tapi dia bukan sempat nak check apa yg ada dlm beg. Kalau rasa nak bawak, bawak je. Jimat sikit sebab makanan dalam tu memang mahal. Bawak air mineral extra sebab toilet kat sana takde air. Lain la kalau korg sanggup lap pakai tisu je. 


Pinocchio


Transformers

Lagi satu ! Siapa rasa macam nak naik pelampung dekat Jurassic Park tu, lebih baik standby dengan baju extra or korg boleh beli plastik (lebih kurang macam raincoat) dengan harga $3. Phone aku rosak sebab naik pelampung ni la. Tengok orang lain ada yang basah sikit tapi ada jugak yang basah banyak. Ikut nasib la. Disebabkan aku yang tak bernasib baik tu, tempat duduk tak ong kot, aku yang basah lencun. Khairina basah sikit je. Yang lain2 tak basah langsung ! Baju aku siap boleh perah. Barang-barang dalam beg aku semua basah (dalam tu ada telekong, purse, phone, bedak compact, etc. hm). Handphone aku 'selok kero' dah lepas tu. Tak dapat diselamatkan lagi. Nasib baik lah camcorder dengan camera aku tak pegang. 


Sesame Street


Ni watak kartun apa huh? Sape tahu? 


Bukan Indiana Jones sebenar. haha

Dalam keadaan basah tu, aku teruskan jugak main game yang lain-lain. Tahu dok aku tak pernah naik roller coaster sepanjang hidup aku. Yang jr tu pernah la. Adik aku yang bongsu pun boleh naik. haha. Siapa yang suka naik benda yang berpusing-pusing boleh try Battlestar Galactica. Dia ada dua; blue ride dengan red ride. Aku try yang blue ride punya. First time tu ! Saja nak mencuba. hihih :)


Aku naik benda ni dengan Khairina je. Yang lain dah surrender dulu. Semua jenis cepat pening. hha. Awal-awal plan lepas naik blue ride nak naik yang red ride pulak. Ya Allah ! Takut gilaaaaa ! Bila dia start laju tu, aku rasa macam jantung aku tertinggal dekat belakang. Aku cuma harap benda ni cepat habis. That's all ! Lepas je naik benda tu, still boleh berjalan macam biasa tapi kepala aku sakit. Pening la tu. Adik aku ajak naik red ride pulak, aku dah tak sanggup. Adik aku cakap, 

"Yna ni macam tak pernah naik roller coaster je."

Kononnya nak perli aku la tu. 

"Memang yna tak pernah naik pun !" 
"Hm. Patutla. First time naik dah try yang hardcore punya."
"Tu hardcore ke?"
"Yelah ! Yang red ride selamat sikit daripada blue ride sebab yang blue ride rasa macam free fall terus."
"Mana yana tau yang tu lagi hardcore. Tak cakap awal2."
"Tadi Khairina ajak naik red ride dulu taknak. Nak naik yang blue ride jugak. Khairina ikut je. Mana2 pun boleh."
"Hm."

Lepas tu tak rehat pun. Terus main benda lain pulak. Transformers best gila ! Water show pun best jugak. Gempak kot lakonan dorg. Pastu, 4D Shrek pun best. Try semua lah. Aku tak sempat nak try yg Mumia. Sehari suntuk dalam tu pun tak sempat. Sedih gila :(


Balik tu memang masing-masing penat. Sampai hotel malam sebab jalan keluar Singapore sesak. Esoknya ktorg jalan2 dekat area JB (pergi Plaza Angsana; mom's favourite mall masa ktorg duduk Johor dulu tahun 2000-2001) kejap lepas tu g Melaka pulak. Tidur semalaman dekat sana. Hari Ahad ktorg sempat naik bot dekat river cruise & shopping sikit-sikit dekat Dataran Pahlawan. Sampai KL malam.

Tu sahaja cerita aku. Pergilah Universal Studio ! Pergi sekali pun cukup lah. Kalau mampu, pergi banyak kali pon boleh :D