Result PSPM 1 dah keluar ye
Sekarang ni roommates aku tengah layan movie Ted. Aku dah tengok. So, sementara tunggu waktu tidur aku tiba, rasa macam nak cerita pasal result yang aku baru dapat petang tadi. Fresh news ! Hm. Result aku tak lah gempak mana. Cukup-cukup makan je. Mungkin sebab sebelum ni aku asyik cakap, "Dapat 3 pointer pun cukup lah. Asalkan tak below 3." Hah amek kau ! Memang 3 pointer genap aku dapat. Cuba kalau aku cakap macam ni selalu, "Dapat 3.5 pun cukuplah. Asalkan tak below 3.5." Mesti aku dapat 3.5 dengan izin Allah sebab kata-kata itu kan doa. Takpelah. Aku bersyukur sangat dengan apa yang aku dapat. Setiap orang ada kemampuan yang berbeza. Cuba kalau aku rajin sikit sem lepas...
Pukul 4 tadi semua pelajar berkumpul dekat dewan Ibnu Bajjah. Sejam sebelum tu aku dah rasa berdebar sampaikan aku tak dapat fokus dalam kelas tutorial kimia. Maafkan saya, puan. Semua kerana beratur ikut pusat masing-masing. Bila tiba turn aku untuk ambil result, Pn Azah dah ada dekat kaunter. Nth bila dia muncul kat situ. Sebelum tu takde pun. Tapi aku suka dia sebab dia macam taknak aku pindah. haha. yeke? Dia suruh aku bagi tahu ayah pasal result ni supaya ayah aku tahu pindah tu tak perlu. Sekarang ni macam mana aku nak bagi tahu family aku? Dorg tengah happy holiday kat Vietnam tu tanpa aku. Sedih gila kena tinggal. Tambah pulak tengok kawan-kawan semua otp dengan parents dorg. Ahhh! Sedih sangat tahu :'(
Roommate aku sorg dapat 4 flat. She deserves that. Dia study siang malam. Yang lain ada yang 3.55, 2.9 & 2.8. Kiranya aku berada di kedudukan yang tengah la ni. Aku sangat kecewa dengan English language aku. Daripada A terus jatuh C. Kawan-kawan aku semua terkejut aku turun 2 gred tapi alhamdulillah Civil Engineering aku A solid, tapi kan, lepas matrik ni aku dah taknak sambung engineering. Takde guna jugak A solid dalam civil engineering ni. Pelik tak dinamika aku B? hha ;D Ika dah gelak pasal ni. Dia kata macam ni, "Aku tahu kenapa hg dapat B. Hg suka dok kat hujung pastu hg tidoq." haha. Nak buat macam mana suara dia romantik sangat sampaikan aku dibuai mimpi :D