Ieka bagi cupcake ! :D


Siapa sangka Ieka akan bagi aku cupcake? Excited gila dapat makan cupcake coklat tu. Sangat sedap :D Tak tahu lah ni dia buat sendiri ke beli tapi kalau dah nama rezeki tu kita makan jelaa. Tak perlu ada rasa ragu-ragu kot sebab dijamin halal lah.

Thank you so much Siti Zulaikah Sulaiman ! :D
BFF !

Em. Itu jelah yg aku nak cerita pasal cupcake. hee :P
Nak tahu tak, tadi aku buat ujian kecergasan. Tinggi dan berat still maintain iaitu 166cm & 57kg. Hm. Masih  normal, bukan obes ye awak :) Okay. Ni result yang aku dah dapat. Semua dalam jangka masa seminit.

Push up : 19
Sit up : 20
Lentik badan : 40
Lari 800m : Belum lagi sebab tak sempat. Td lecturer ada meeting.

Aku taklah power mana pun. Itu je yg aku mampu. Aku rasa PLKN punya ujian kecergasan lagi best. Ada Bleep test. Syok ah lari-lari ulang alik sampai pening. hha.

Ingin aku menyatakan rasa tidak puas hati juga di sini. Baru-baru ni family aku g Vietnam. Pergi Ho Chi Minh pulak ! Orang kata tempat paling best utk shopping. Silap ah aku tak pergi. Ciss ! Jealous gila tengok gambar2 yg cousin aku upload tadi. Kalau aku p ikut depa sekali (amboi :P) mesti gambar aku je banyak. Aku takde tu, gambar2 tu nampak mcm suram dan kosong. Itu kenyataan k. Aku dah tengok sendiri. Paling mengejutkan, Arif dah potong rambut jadi botak ! no 3 kot. haha ! Syes lawak gila. Dia tu dulu kalau nak potong rambut bukan main susah lagi. Kalau dia potong pun, sikit je. Kadang2 tk nmpk pun effectnya. Sama je macam tak potong rambut. Agaknya dia baru dapat hidayah nak potong rambut masa kat Vietnam hari tu. Jauhnya hidayah.


hoho ! Selepas nampak lebih cerah. Maklumlah baru dapat hidayah. keh3 :P