Meneroka keindahan alam di FRIM Kepong

Hari Sabtu aku pergi jalan-jalan kat KLCC. Hari Ahad terus pergi FRIM. Hujung minggu kena lah buat outdoor activity sikit. Takkan nak terperap dekat rumah ternak lemak aje. Korg jangan sayang sangat lah dengan lemak korg tu. Kite bako je *buat tangan gaya Usop. 


Aku bertolak dari rumah pukul 7.30am. Dijemput oleh driver yang paling berhemah lagi disiplin. hehe :P Kawan aku datang jemput. Punctual betul dia. Sebelum ktorg gerak ke Kepong, baham roti canai dulu kat mamak. Kolestrol pagi2 takpe, lepas ni nak jalan jauh, panjat2 bukit, hilang lah kolestrol tu. Kolestrol nak picnic dalam badan pun tak sempat. Kita sihat sangat. haha. Dalam pukul 8 camtu, ktorg pun pergi lah ke Kepong. Sekejap je. Aku ingat jauh la sangat. hm. Boleh pergi selalu ni. Ajak ayah. 

Sampai sana,ktorg park kereta dekat dalam. Sebelum masuk kena bayar RM3 per person. Aku ada baca kat blog orang lain. Kalau kita datang sebelum pukul 8.00am kena bayar RM6 per person. Oleh itu, datanglah selepas pukul 8 pagi. Korg boleh bawa basikal sendiri. Nak sewa kat sana pun boleh tapi aku tak cycling pun kat sana. Teringin jugak nak cycling tapi lain kali lah. Nak masuk hutan dulu. Pagi2 orang cina je yang ramai.Nak nampak Melayu tu jarang2 je. Nak dekat tengahari baru lah nampak group2 Melayu. Bangun lambat kot dorg ni. Haih! Melayu, tolonglah bangun awal sikit. Exercise lepas subuh tu kan elok. Kita dah bangun solat subuh tu lepas tu janganlah tido balik. (nasihat utk diri sendiri juga) 

Aku just excited nak lalu dekat Canopy Walk tu je. Sebelum lalu Canopy Walk, korg kena beli tiket dulu dekat kedai cenderahati kot. Jangan naik dulu. Nanti kalau korg dah naik, tiket tak ada, jenuh korg nak turun balik pergi beli tiket, mcm ktorg hari tu. Kesian kawan aku kena turun balik. haha. Sebelum sampai ke Canopy Walk, korg kena masuk dalam hutan, panjat bukit sikit. Agak memenatkan tapi lagi penat hiking lah. Bagi orang yang dah selalu hiking mesti dapat naik laju je. Masa lalu Canopy Walk, kita tak boleh jalan dekat2. Setiap orang kena jalan dalam jarak 2 meter. Kalau lebih nanti berisiko untuk jatuh lah. Benda tu bukan konkrit nak support berat korg yang macam badak tu silap2 patah kayu tu nnt. hehe jkjk.


Lepas lalu Canopy Walk ni, korg boleh lah pergi dekat Picnic Area. Kat situ nanti ada sungai. Boleh mandi tapi tempat untuk salin pakaian basah tu tak ada lah kat situ. Tidak sesuai untuk kaum hawa. Korg kena jalan turun jauh, sampai bawah baru boleh salin baju. Berjalan dalam keadaan basah lah. Tak selesa kan? So, kita cuci kaki ajelah.


Ktorg turun bawah tu dah pukul 11.30am. Tak sempat nak pergi semua tempat. Baru teroka bahagian G. Belum lalu A,B,C,D,E lagi. haa. Sehari mmg tak cukup untuk pergi semua tempat dalam FRIM tu. Kena pergi banyak kali kalau nak teroka semua kawasan. Korg pergi lah. Serious best! Aku dah pergi sini dua kali. First masa f2 ke f3 entah. haha. 

Cintailah alam sekitar.
ehehe ;)

Comments

Wak Lat said…
Salam. Hee sungguh seronok jalan atas kanopi itu.
Budak Letrik said…
Syok dapat kayuh basikal kat FRIM !