Reunion KMTK batch 4
Aku tak sangka juga aku akan jejak balik bumi Pendang ni semula. Lepas setahun semua bawa haluan masing-masing, pergi sambung amanah Allah untuk belajar ke peringkat yg lebih tinggi tak kira dekat mana pun semata-mata nak berjaya dunia akhirat. Asalnya mak aku tak bagi pun aku datang reunion ni sebab jauh. 6 jam perjalanan dari KL tapi lepas pujuk2, dia bagi jugak aku pergi. Nasib baik :) tapi bersyarat jugak. Mak tak bagi naik kereta. Katanya highway Utara-Selatan tu bahaya lagi-lagi kalau budak-budak muda mcm aku yang drive. Kenapa? Yna pemandu berhemah lah. Aku ambil keputusan naik bas je dengan Faza aka gangster semenanjung. Perjalanan aku start pukul 11 malam. Sampai stesen bas Alor Setar tu pukul 5 pagi. Maka melongoklah aku dengan Faza kat surau sana sambil tunggu si Firdaus dtg ambil pukul 7.30am.
Lepas Zohor baru bertolak ke matrik. Sebelum tu ktorg rehat-rehat kat rumah Daus, borak2 dengan mak dia & makan-makan. Nasib diri tak baik, tiba-tiba rasa tak sedap badan pula. Cari klinik yg ada AIA tak ada. Terpaksa lah tahan. Frankly, sampai je kat sana aku takut nak pergi tegur orang. Tengok dorg dah kemain cium-cium pipi, peluk-peluk excited jumpa kawan-kawan lama. Aku? Tengok je dari dalam kereta. Sebabnya :
- Daus bawak macam drifter. Kereta tu macam takde brek. Mujur tak muntah je.
- Aku tak ingat nama dorg! Macam mana nak pergi approach kalau tak ingat nama?
- Aku malu. hehehe
Dalam setengah jam cmtu, baru aku keluar. Pergi daftar, angkat barang bawak naik ke bilik kat tingkat 3. Tggi gila! Tak pernah aku dapat bilik tinggi-tinggi.Paling tinggi pun aras 1 je. Masa kat UiTM pun aras 1 jugak. Kesian lemak kaki aku terbakar. Malam tu, aktiviti ktorg makan BBQ je. Makan dan lepaks dan gossip lah. Bila jumpa geng, nyamuk gigit byk mana pun tak sedar dah. Gelak macam tak ingat dunia. Secara tak langsung dapat membentuk abs di perut. hehe.
Keesokan paginya, ktorg ada sukaneka. Rata-rata game yang berair. So takkan ada seorang pun yang terlepas dalam keadaan bersih melainkan dia pandai mengelak daripada bahaya belon pecah. haha. Aku main game kelima. Kena bawa air sirap dalam mangkuk tapi letak atas kepala sambil berjalan. Memang tak kering lah tudung aku. Sekali bukak langkah, air pun tumpah.
Gambar curi daripada group fb (Y)
Selesai sukaneka, petang tu setiap game KAKOM ada friendly match antara senior dan junior. Dalam keadaan yg tak sihat masa tu, aku ignore kan aje rasa sakit tu. Seronok dapat jumpa Tuan Husaini balik. Rindu dia! Coach terbaik yang ajar aku main basketball sampai pandai daripada yang asal-asal tak pandai langsung shoot bola masuk jaring. Macam biasalah aku main posisi center. Baru je start game dah jatuh tersungkur ala ala Superman. Fe-feeling Cinderella pun ada jugak sebab tercabut kasut sebelah. haha. Ni bengkak dah lutut sebelah kiri. Sakit :'(
Yes! Aku paling tinggi kat situ! hehe.
Orang yang pegang bola tu la coach aku.
Malam tu ada slot bersama junior dalam dewan di mana ktorg kena advice and bagi kata-kata semangat untuk adik-adik untuk belajar elok-elok sampai berjaya macam ktorg. Berjaya masuk universiti dan sambung degree maksud aku. haha. Maka aku pun jadi lah munafik kononnya selalu bangun pukul 5am untuk study. *pui! Boleh kira guna tangan berapa kali je aku bangun awal pagi untuk study. Itu pun bangun study 10 minit, terus lelap dekat meja. Kepala atas buku macam orang tengah serap ilmu. Tapi seronok dapat borak-borak dengan dorg. Semua sporting :)
Secara keseluruhannya, program sirih pulang ke gelanggang ni seronok. Biar lah ayah aku nak kata,"Baru tak jumpa setahun dah buat reunion." Takpe. Yang penting kita seronok. Nampak yang ukhwah antara kita ni erat. Takde yang berpecah-belah. (over betul)
Harap boleh jumpa lagi ye kawan-kawan semua! Love uolls!
Comments