First meet up by Arra Mazlan
Assalamualaikum, di suatu pagi yang hening, tersedar dari tidur yang tak berapa lena sebab jangkitan virus selesema. Ya, sangat tidak menyenangkan. Kena shrekkkk..shrekkkkk..... sepanjang hari. Nak aje aku tanggalkan hidung untuk satu hari ni. Hari yang mana aku nanti-nantikan juga lah sejak aku terjumpa something yang macam gegirls sikit dalam ig. What?? Korg ingat gangster tak boleh join ke event macam ni? Aku pun perempuan okay. Even gangster dalam movie pun make up. Tak ada pula syarat dia nyatakan, "Hanya perempuan melayu terakhir shj dijemput hadir." No.. no..
For sure, aku tak akan datang terkontang-kanting sorg2. Mesti nak ajak bestfriend sehidup semati aku; Naema & Aqila. Biar sama-sama terkontang-kanting. haha! Awal-awal masa aku ajak Naema, dia pun macam nak taknak aje ikut. Katanya pelik dengan aku. Sejak bila aku interested dengan benda-benda macam ni. Tapi sebab dia kata lama dah tak hang out sama2, dia pun setuju ikut aku pergi event tu. Yay! Lala lagi lah. Nak datang sebab nak support aku. Kau ingat aku nak pergi audition ke? Kita datang dengar & follow the flow sudah. Nak ajak gangster2 join sekali memang susah tapi dalam diri masing2 mujurlah ada sikit ciri-ciri keperempuanan tu jadi kami pun pergilah. Berbekalkan kosong ilmu kecantikan. Apa yang aku tahu, asalkan muka tak ada jerawat. Itu je :P
Yang manis bertudung pink terang itu naema,
Yang cantik lagi comel itu Arra,
Aku takpayah lah nak puji diri sendiri. haha
Yang gorgeous lagi jelita itu Aqila.
Event by Arra Mazlan ni disponsor oleh byAbsolute di mana dorg bagi shawl kat ktorg sorg satu and keychain yang comelllll sangat ni! Dua2 barang sponsor aku suka. hehe
Sebelum jumpa lagi aku dah fikir macam-macam.Takut tak ngam, takut tak dapat sesuaikan diri dengan suasana, takut dicop sombong. Tapi bila dah jumpa, dah kenal-kenal dengan dorg semua, sangkaan aku meleset. Dorg semua friendly! Tak sangka juga Arra ni comel orangnya. Ieqaa pun comel. Yaya pun comel. Cantik semua. Kawan-kawan yang lain semua gorgeous! Datang-datang tengok masing-masing pekena dress, skirt maxi, wedges, shawl, flower crown. Terasa macam aku salah masuk event sebab aku datang pakai jeans, baju biasa n boots je. alahai sempoi sangat pulak :| Tak apalah. Dah sampai pun. Takkan nak balik tukar baju pula kan? Aktiviti paling best ktorg buat masa tu, kena bagi shawl/tudung dekat sesiapa shj dalam kawasan taman KLCC tu. Setiap orang akan dapat 3 bungkusan. Maknanya kena bagi 3 orang lah. Aku, naema dengan lala kemain jauh lg pergi cari orang kat kawasan kolam. Dengan berlari-lari macam orang masuk Explorace. Haha. Aku ada bagi dekat foreigners. Berbuih mulut aku nak speaking english. Idea yang sebelum tu mencurah-curah semua hilang bila dalam keadaan sebenar. Vocabulary tak mantopp. Grammar tak payah cakap la. Malu aku nak ulang balik apa yang aku cakap masa tu. Haha.
Overall,event tu sangat best! Walaupun ni first time aku libatkan diri dalam aktiviti macam ni. Yeahhh.. First time yang melibatkan kecantikan. Kalau tidak sebelum ni asyik formal & aktiviti sukan je. Lepas ni kalau ada lagi event macam ni in Shaa Allah aku akan datang lagi :)
Dapat kawan baru! Tengok ni tengok ni!
Thank you for reading. Have a nice day! :D
Comments