Sesi temuduga rekabentuk dalaman
Pada suatu hari, macam biasalah aku duduk termenung dekat meja aku tu menanti jarum jam bertemu 12 iaitu waktu tidurku. Aku memang suka termenung. Jangan tanya kenapa. Tiba-tiba (kasi suspen sikit) ada mesej masuk inbox. Aku pun bacalah. Tengok-tengok text drpd pihak UiTM mengatakan yg aku perlu hadir ke sesi temuduga sabtu ni. Dengan kadar segera, aku surf internet utk check betul ke aku dapat. Memang aku dapat pun. Pukul 8.30 am start dekat UiTM Shah Alam.
Pagi tadi dengan langkah yg penuh gaya (ahh ! aku rasa aku sangat simple. Berbaju kurung dan bertudung hijau serta bersepatu merah. Pinjam mak punya kasut. hhe)
aku naik tangga yg tinggi nak mampos tu, sampai tempat pendaftaran dah semput. Rupa-rupanya bukan interview utk rekabentuk dalaman je. Ada juga utk Architecture, Perancangan bandar & wilayah and Landskap. Lepas daftar calon-calon semua kena buat drawing test dekat dalam dewan kuliah ramai-ramai. Lukis berdasarkan susunan bongkah2 yg ada kat depan. Piece of cake je ! Ada bongkah cube, pyramid, cylinder & sphere. Lukis kena size A3. Kena buat shading tu yg agak susah sikit. Kalau org yg tak tahu teknik yg betul, lukisan dia blh jd comot. Masa yg dia bg sejam je. Lepas tu calon-calon diasingkan mengikut program masing-masing utk sesi interview.
Aku dapat no giliran 14. Sementara tunggu tu aku sempat borak-borak dengan calon yg sama mcm aku. Dia pun tga belajar kat matriks jugak, matriks Perlis. Lagi jauh. Dia nampak mcm bersungguh-sungguh nk belajar program ni. sedangkan aku? still blurr blurr lagi, tak tahu hala tuju hidup aku ke arah mana sebenarnya. Cuak jugak la nak masuk bilik interview tu. Yelah. Aku blm ada pngalaman interview. Ada pun setakat interview nak join kelab kat sekolah. Nasib tak menyebelahi aku kali ni. Aku dapat panel yg speaking. Hah ! Aku apa lagi. Main bantai jela apa yg terlintas dlm kepala aku. Dgn grammar pun berterabur. Vocab apetah lagi but I still can answer those questions that she asked.
Aku dah pergi interview. Dapat tak dapat kita tengok je nanti. InsyaAllah :)
Aku dah pergi interview. Dapat tak dapat kita tengok je nanti. InsyaAllah :)