Aku suka itu dan ini


- Aku suka puisi tradisional. Masa sekolah kat Cochrane dulu, first time aku sukarela nak deklamasikan sajak sempena majlis perpisahan cikgu mana entah. Saja nak buat pengalaman. Belakang stage baik punya hafal. Siap dengan gaya macam mengipas angin pun ada. Masa tu tak fikir dah yang aku ni sebenarnya ada darah gemuruh bila berdepan dengan khayalak. Pengacara majlis baru mention nama aku, aku dah berpeluh, menggetar badan aku. Habis tak ingat lah semua sajak aku tadi. Last2 bawak skrip, baca je kat depan tu. hha :D 

- Aku suka hijau sebab hijau warna yang tenang. Kalau mak aku tanya kain mana paling cantik, mesti aku akan tunjuk warna hijau. Sebab tu baju kurung mak aku banyak warna hijau. Lagipun, mak aku pun suka hijau. Selain tu, hijau bagus jugak untuk mata aku yang rabun jauh ni. Aku suka pergi jungle trekking dengan ayah aku every weekend sebab dapat tengok surrounding yang hijau & tasik yang luas. Boleh nampak bandaraya KL tau daripada atas bukit tu. Tahu kan aku suka flora & fauna? :) 

- Aku suka seni lukis. Masa darjah 2 sampai darjah 5 tempat johan pertandingan melukis memang aku sorang jelah yang pegang. Masa darjah 1 aku sekolah dekat Johor tapi sampai peringkat sekolah aku masuk pertandingan mewarna. Banyak kali jugak la.Hebat tak? Biarlah tak menang pun. Yang penting crayon dengan pensel warna free tu ! Lawan dengan budak cina memang dorg tak kasi chance langsung la kat budak melayu. Kemas sangat lukisan dorg nak dibandingkan dengan aku punya yang warna kot dan kot se jo. hhe

- Aku suka cipta kraftangan. Aku suka gila design almari untuk subjek Kemahiran Hidup dulu-dulu. Selalunya aku punya almari la dapat the highest mark. Kerja paku-memaku ni selalunya aku bagi cikgu aku yang buat. Pergi kat cikgu aku tu, kata "Cikgu ! Macam mana nak paku ni?" Then, cikgu tu bagitau la cara-cara nak memaku & alang-alang tu dia buat la kerja memaku, memotong kayu semua tu. Kalau bukan cikgu, aku suruh budak lelaki buatkan. So, kerja aku menghias jela. Untung KH aku A.

- Aku suka makanan yang manis. Well, orang kelantan memang kebanyakkannya suka manis. Sebab tu awek-awek Kelantan semua manis & ayu je. ekekeke :P Aku makan roti canai cicah kuah dal dulu. Then aku akan cicah gula. Takde gula tak syok ! Kalau korg pernah rasa buah tanjung, jala emas & tahi itik, korg akan tahu betapa aku sangat suka makanan yang manis. Sesiapa yang ada penyakit kencing manis tak boleh minum air yang aku buat. Bahaya. haha. tapi alhamdulillah gigi aku tak rongak. 

- Aku suka main permainan tradisional. Dah lama tak main ting-ting. Dulu aku gila main congkak dengan batu seremban. Pehh ! Lagi best daripada main PS. Kalau sekolah ada anjurkan pertandingan pertandingan permainan tradisional, aku mesti join. Main galah panjang penat sikit tapi best jugak. Paling aku suka congkak la tapi dah lama tak main. Tak tahu la pro lagi ke tak :/ Batu seremban tak yah la. Aku memang dah tak ingat lepas batu 5 tu macam mana.

 - Aku suka buat handmade card. Ahh ! Ini ramai orang dah tau. Masa bosan buat kad. Masa happy buat kad. Masa rindu buat kad. Masa study pun boleh buat kad ! hhe :P Sape nak beli kad meh sini beli dekat aku. RM 2 je aku jual. Takde di pasaran ! 

- Aku suka ketawa terutama bila cakap dalam phone. Saja nak buat hati ni gembira sikit. Aku sangat suka bila orang call aku. Dapat gambarkan tak kegembiraan aku tu? Itu tandanya orang tu ingat kat kita. Aku rasa macam persahabatan yang 'menjadi'. haa. Lagi-lagi bila orang jauh call kita. uuuu~ Jangan sesekali ingat jarak tu penghalang k :)



Hoiii ! Mengidam Kenny Rogers laaaaa :(