Pulut manis hijau & merah
Hanya terdapat di Kelantan. Kat KL aku tak jumpa lagi orang hidang pulut manis. Orang jadi tertarik nak makan sebab warna manisan tu terang. Setakat yang aku jumpa, warna merah dgn hijau; favourite colour aku tu ! Nasib baiklah masa aku tangkap gambar pulut manis ni tuan rumah tak nampak. Kalau tak mesti dia ingat aku jakun. hhe. korg kalau nak makan pulut manis ni, jangan dok buat pelik makan pakai sudu. Orang makan pakai tangan je eh. Ikut cara tradisional.
Haa.. Lagi satu. Dalam ramai-ramai budak yang ada dalam rumah nenek aku, aku paling takut dengan budak ni. Nama dia Wafiq. Comel memanglah comel tapi dia sangat-sangat hyper. Pernah hari tu dia baling balang kaca sampai pecah. Terkejut semua isi rumah ! Habis kacang berterabur atas lantai. Biasalah budak-budak. Dia nak main je. Aku tak tahu lah, dia tak suka kat aku ke apa. Asal nampak je aku, dia ludah. Penat aku lari daripada dia. Dia kejar wey ! haa.. Ada jugak sekali tu, dia datang peluk aku. Ingatkan datang nak ajak aku main dengan dia dengan cara baik. Rupa-rupanya.. Hah ! Kat tangan dia ada buah rambutan melekit dengan air-air rambutan tu. Haih ! Nasib si baju kurung raya..