Aidilfitri '12
Hahaha.. Hari Raya tahun ni cukup menarik kerana.. Jeng jeng..
1st day of Eid
Lepas solat subuh terus mandi air sejuk yang tak berapa nak keluar airnya dari shower tu. Siapa mandi lambat nasiblah air takde. Punyalah semangat nak pergi sembahyang raya. Orang kata, kalau kita sembahyang raya, barulah feel sikit ! Kemudian aku pun berarak lah menuju ke Masjid Kubang Kerian yang besauuu tu dgn menaiki Starex yang besauuu tu. Nasib baiklah tak terlambat. Masuk je masjid, terus solat sunat Aidilfitri. Hohohh ! Ramai gila org wei.. Ada yg terpaksa solat kat luar. Ahh bosanlah cite pasal ni. Pagi raya tu, mmg dah jadi kewajipan nenek aku akan masak nasi dagang. THE BEST NASI DAGANG IN THE WORLD TAU ! You should try it too :D Lai lai lai !
Lepas selesai kutip duit raya dekat adik beradik belah mak, sambung pulak ziarah kampung belah ayah. Kampung je. Rumahnya dah tak ada. Dah jadi hutan dah pun. Pernah jugak aku pergi tengok kawasan rumah ayah aku dulu, betul-betul tepi Sg. Kelantan ! Kalau banjir aku tak tahu lah. Datuk dgn nenek aku belah ayah dah meninggal sebelum ayah aku kawen lagi. Jadi, aku tak tahulah macam mana rupa dorg sbb gambar pun tak ada. Dulu masa kecik-kecik selalulah ziarah kubur arwah. Aku suka pergi kawasan perkuburan arwah nenek aku. Kawasan tu dalam hutan. Ada something yg menarik. hhe :P tapi dah besar ni jarang dah pergi. Just melawat kampung kutip rezeki yang sedang menunggu je. hhe.
2nd day of Eid
Ni lah Hj Ilias ataupun tok ayah aku. Mak aku cerita, dulu atok aku atlet. Jadi aku ni mewarisi kelebihan tu sikit lah daripada dia. hhe. & atok aku dulu cikgu BI yang sangat garang ! haaaaaa
Makcik aku buat open house. Lepas tu pergi KB Mall dengan cousins. Mentang-mentanglah dah ada lesen memandu. Boleh bergerak ke mana saja lah tapi tak shopping apa pun kat sana. Sayang la nak guna duit baru. hehehe. Kawan ayah aku kata duit baru tu macam duit Monopoly. Hoh?! Duit Monopoly bukan duit kertas jugak ke? Ini duit plastik. Yang apabila digosok, boleh jadi kecik. Magik !
Ni nak cerita pasal org yang suka sangat kunci pintu. Masa tu dah maghrib. Cousin aku ni masuk je bilik terus kunci pintu. Dia tak tahu kot tombol pintu tu memang selalu buat masalah. Bila org lain nak masuk, dia cuba bukak pintu balik tapi tombolnya tercabut ! Maka budak 2 orang yang terperangkap dalam bilik tu menggelabahlah, dah tak boleh keluar. Tak lama lepas tu kecoh la satu rumah. Mace-mace bendo doh guno nok cokeh pintu tu tapi tok bukok gop. Last-last pakcik aku cokeh guna kad kredit dia, barulah pintu tu boleh buka. Haih ! Pintu pun tahu jual mahal. Kena pancing pakai kad kredit baru dia nak terbukak. Kesian pakcik aku. Rosak kad kredit dia. Setelah tu pasukan RELA semua bersurai utk solat maghrib :)