Perempuan betulkan tudung


Remaja perempuan macam aku pantang nampak cermin, mesti pandang untuk betulkan tudung. Tak kiralah cermin kereta ke, cermin tandas ke, cermin tingkap ke, semua yg boleh memantulkan imej tu memang selalu mengahalang langkah seorang perempuan dariapada meneruskan perjalanan. Eh, bukan seorang. Sesiapa je yang lalu kat situ. Hampir semua gadis-gadis cun, comel akan berhenti sejenak meneliti tudung yang dah cantik, elok tu walaupun masa tu si gadis tu tengah mengejar waktu kerana lewat ke kelas ! Wey, kalau setakat kembung sikit-sikit tu, tak payah la nak ambil masa sampai 5 minit. 5 saat pun dah cukup. Orang lelaki tak tengok la tudung kau kembung ke tak, senget ke tak, yang penting kemas dan menutup aurat. Mak aku cakap, tak elok tengok cermin lama-lama. Lagi-lagi waktu malam. Takut nanti ternampak something yang tak sepatutnya kita nampak. haaa.. Kalau ikut style aku, aku main bantai je pakai tudung macam mana pun. Aku pakai shawl pun tak sampai 5 minit dah siap. Kalau tak menjadi, lantaklah. Lenguh lutut aku nak berdiri depan cermin lama-lama. Cermin tak ada pun tak jadi masalah buat aku. Biarlah orang nak kata aku ni terlalu sempoi ke apa. Aku cuma menyenangkan diri aku. Asal aku selesa dengan hijab yang aku pakai pun dah cukup. Kawan-kawan tak lari pun. Bagi aku, kawan-kawan adalah cermin terbaik buat aku. hhi ;)