Fight together towards success


Hai ! Saya salah seorang pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah batch 2012/2013.
Saya merupakan pelajar dari jurusan Kejuruteraan Awam kelas C1T2A. 

fuhhh ! Detail gila.

Saya makan sangat banyak. Disebabkan perut saya macam perut buaya (bak kata mak saya), duit elaun yg diberikan oleh pihak matrikulasi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan MAKAN SAHAJA. Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak cafe menyediakan makan tengahari free untuk kami. haaaaaaa :D 

Pada setiap petang, saya akan turun padang untuk riadah sama ada dengan berjogging atau meniti di tepi longkang. wuuu~ Sambil menikmati udara segar di tengah-tengah kawasan kelapa sawit, saya gemar memetik buah rambutan di jalanan. Meskipun masam, kami tetap makan sampai habis kerana membazir itu amalan syaitonnnn ! Namun ada satu perkara yang melucukan sesiapa yg telah masak dgn perangai aku time kanak-kanak dlu, Hey, tolonglah percaya. Aku belajar main basketball la. Biarlah macam ayam pun, at least aku tak ddk bilik tidur petang. 

oppsssss ! Ada yg terasa tak? :P

Saya sememangnya seorang yang pemalas. Saya malas nak buat homework. Homework saya semua saya tiru orang je. ehm.. Jujur ni ! Jadi pemalas lebih baik drpd jadi pembohong :) tp dua-dua pun tak okay sbnrnya.  Apa lah nak jadi dgn Wan Norliyana ni kan. Haih ! Jem jem *garu kepala* 

Kesimpulannya, duduk kat sini tak pernah kenal erti relaks. Tangan pun dah makin kasar. Tak selembut sutera macam dulu lagi. Ahh ! Perasannye ! Adakah kalian rasa saya terlalu sombong? Ohhmaiii ! So what?!! hehehe. Belajar la weyy. 10 bulan je punn. Akhir kata, semoga berjaya dalam mengharungi apa jua rintangan yang mendatang. Sesungguhnya Allah itu maha Penyayang. kbyee !