Jangan malas malas

Setelah beberapa bulan jadi pelajar kat KMTK ni, tak lama lagi tibalah UPS. Ujian Penilaian Semester. Hm. Selalunya ujian2 ni aku memang relax je. Yelah. Ujian je kan? Tapi kat sini lain pulak keadaannya. Tak sama langsung macam kat sekolah dulu. Rasa macam UPS ni SPM kali kedua pun ada. Kenapa mereka usaha kuat sangat ek? Hari-hari study. Tak tension ke study sampai kena korbankan waktu tidur? Betul lah senior-senior aku cakap. Kat matriks tidur lepas pukul 12 tu dah jadi kebiasaan pun. Dulu masa kat rumah, pukul 11.30pm tu mimpi aku dah 30% agaknya. hhi :P Kalau dekat sini, 11.30pm budak2 ni masing-masing dok fokus study. Psycho betul ! Nak tidur pun tak tenang. Walaupun begitu, (cehhh ! skema ayat aku) aku tak ada lagi kesedaran nak usaha lebih. Aku rasa aku macam dalam kalangan budak-budak yang tercorot. Asal aku nak study je, magnet tangan nak pegang colour pencil tu kuat. Mula la aku melakar dekat buku tutorial aku tu. Tengoklah buku tutorial aku. Berbunga-bunga gitu. Awwwww ! :D Kau ada? hha. 


Orang lain softboard penuh dengan nota. Aku punya softboard penuh dengan hasil lukisan. Tak cukup softboard, tampal dekat dinding. Kau ada? :D Aku punya jiwa serasi dengan seni. Sejujurnya aku memang tak minat bidang yang aku tengah belajar sekarang. Maybe sebab aku dah mind set macam tu, aku jadi susah nak faham tajuk tu tajuk ni. erghhh ! Kawan-kawanku di sini, memang aku ada plan pun nak pindah dari sini, sebelum masuk sini lagi aku dah cakap dekat mak aku tapi sebab aku pun nak try jalan pintas ni dulu sementara tunggu bulan Januari nanti, aku study lah ikut kehendak aku (bukan kemampuan rasanya) :P Tengoklah sama ada masuk UNITEN ke, UITM ke, Poli ke. Poli aku dah ada tawaran masuk bulan Disember ni tp bagi aku macam lekeh sangat je. hha. Dah lah. Just wait and see result UPS aku macam mana. Kalau tak dapat 3 pointer and above......

Well, ni first time aku berpuasa tanpa keluarga aku. Agak menyedihkan lah jugak tapi kalau semua benda nak bawah ketiak mak ayah, susahla hidup. Macam mana nak kahwin? hhe :P Actually, hari ni merupakan hari pertama aku berpuasa. Sebelum ni aku puasa jugak tapi puasa yang tidak sah lah. Nak makan kat dalam bilik segan. Roommates semua puasa. Terpaksalah aku menahan lapar dan dahaga jugak. Sahur dan berbuka seperti mereka. huh ! Kat sini alhamdulillah, tak ada masalah untuk bangun sahur. Bukak je lampu, aku dah boleh terjaga. Paling tension, alarm kawan aku sorg nih. Dia dah lama letak music yg agak membengangkan. Kuat pulak tuh ! Bila alarm tu berbunyi, dia boleh pulak tak jaga. Padahal phone dia tu kat tepi telinga je. Haih ! Kadang-kadang aku dah bengang, aku bangun, aku tutup sndr alarm dia. Baru dapat sambung tidur balik.

Lagi satu kes hebat, budak-budak sini rupanya kaki gossip jugak. Lagi hebat daripada insiders TIKL bergossip. Ya Allah ! Aku dengar pun kadang-kadang sakit telinga. Risau jugak andai aku pun termasuk sekali dalam Melodi dorg tu. Habislah reputasi aku sebagai calon ustazah pilihan. ekekeke :P I dont want to tell you about my worst nightmare. Im sick of it ! Mujurlah kejap je nightmare tu. Lepas tu kehidupan aku dah jadi macam biasa, tapi tak seaman aku masa zaman sekolah dulu. Rindunya pada diriku yang dulu. lalala~