Langit Milky Way
Aku terbaring lemah, menghadap langit sambil menatap bulan yang sentiasa terang memantulkan cahaya biarpun sang matahari tiada di lokasi yang sama. Perlahan-lahan aku hirup dan hembus udara sejuk malam itu, mengharap pada sesuatu yang bukan milik aku. Bantu aku Ya Allah. Berikan aku sedikit kekuatan dan cahaya dari bintang-bintangmu, kabulkan permintaanku agar aku tidak lagi mengenangkan kisah hidup yang kelabu.
Tetapi...
Meski langitku bertukar kelabu, ada tumbuh-tumbuhan yang suatu ketika dahulu pernah tumbuh menghijau di istana milikku, ada bunga-bunga yang pernah menghiasi mahligaiku, melahirkan sebuah rasa bahagia dalam jiwa penghuni-penghuni di situ. Aku satukan semua yang indah menjadi satu, dan inilah mimpi paling indah dalam hidupku, kerana dia sentiasa bersamaku ketika aku tinggal di istana itu.
Comments