Jom ke Lombok, Indonesia
Kat dalam entri kali ni saya kongsikan itinerary saya masa pergi Lombok bulan Mac tahun ni. Fyi, saya tak follow 100% itinerary yang saya buat ni. Ikut keadaan cuaca dan mood kami masa tu, nak pergi mana, nak buat apa. Pasal transport, ktorg tak guna supir yg sama setiap hari. Ada sorg yg ktorg book, ada sorg yg ktorg gamble je cari time tu jugak. Alhamdulillah la, yg gamble tu ktorg dapat harga lagi murah sebab ktorg beli tiket bot balik Bangsal & upah supir dari agensi yang sama. Nasib baik travel buddies saya 2 org ni pandai bodek sikit. Function saya kira org yg kena make sure everything ikut plan. haha. Planner kan? Kami pergi bertiga je. Jadi kos penginapan, transport, makan kami mmg bahagi sama rata guna apps Splitwise. Korg install la apps tu, mmg sangat membantu.
Kat bawah ni itinerary yang saya buat before ke Lombok based on research dari blog-blog & website untuk korg refer. Harap membantu.
TRIP TO LOMBOK
TRIP TO LOMBOK
5D4N (3 pax)
22-26 March 2018
22 Mac 2018 (Airport - Bangsal)
- Dijemput di airport Lombok
- Lunch (Eg: Ayam Taliwang)
- Menuju pelabuhan Bangsal
- Dari Bangsal menuju Gili Trawangan
- Stay di Gili Trawangan
(One trip – Dari airport ke Pelabuhan Bangsal)
23 Mac 2018 (Free & Easy)
- Jalan2 di Gili Trawangan dengan basikal
- Pulang ke pelabuhan Bangsal
- Check in di Tiu Kelep
- Dinner
(One trip – Bangsal to Tiu Kelep)
24 Mac 2018 (Waterfall Trip)
- Breakfast
- Melewati Lombok Tengah
- Menuju Lombok Utara, menikmati view bukit Sembalun Pusuk (Kaki Gunung Rinjani)
- Lunch di Rinjani Lodge
- Hiking menuju Sendang Gila dan Tiu Kelep Waterfall
- Check in hotel di kawasan Mataram
(Car rental - Full day)
25 Mac 2018 (Pink Beach Trip)
- Dijemput setelah breakfast
- Melawat Benang Kelambu
- Menuju Kuta
- Snorkeling Pulau Pasir, Gili Petelu, Pink Beach, Pulau Mangkuk & Pantai Indah Segui dgn bot
- Setelah selesai menuju Kuta
- Dinner
- Menuju Hotel di Kuta
(Car rental - Full day)
26 Mac 2018 (Jalan2 di Kuta)
- Boleh sewa scooter utk round kt pantai2 area Kuta
- Dijemput setelah lunch
- Setelah selesai menuju Airport
(One trip dari hotel di Kuta menuju Airport)
Transport (Supir)
Day 1: Pickup from airport – Pelabuhan Bangsal (Rp 350k)
Day 2: Pelabuhan Bangsal - Tiu Kelep (Rp 300k)
Day 3: Tiu Kelep – Sembalun Lawang – Mataram (Rp 700k)
Day 3: Tiu Kelep – Sembalun Lawang – Mataram (Rp 700k)
Day 5: Hotel at Kuta – Airport (Rp.200k)
TOTAL : Rp 1,550,000 ~ RM437
Per person = RM146
Transportation (Supir): Rp 1,550,000
Return fast boat Gili – Bangsal: Rp 510,000
Cimodo: Rp 140,000
Snorkelling at Pantai Pink: Rp 600,000 per boat
Snorkelling at Pantai Pink: Rp 600,000 per boat
Bicycle rental: Rp75,000 3 bicycle 24 hour
Tiu Kelep guide: Rp 200,000
Waterfall Tiu Kelep entrance fee: Rp 210,000
Waterfall Tiu Kelep entrance fee: Rp 210,000
Benang Kelambu entrance fee: Rp 240,000
Bukit Merese entrance fee: Rp 50,000
Pantai Seger entrance fee: Rp 10,000
Selong Belanak entrance fee: Rp 20,000
Sembalun Lawang entrance fee: 15,000
Masjid Kuno entrance fee: Rp 30,000
Motorbike rental at Kuta: Rp 50,000
Bukit Merese entrance fee: Rp 50,000
Pantai Seger entrance fee: Rp 10,000
Selong Belanak entrance fee: Rp 20,000
Sembalun Lawang entrance fee: 15,000
Masjid Kuno entrance fee: Rp 30,000
Motorbike rental at Kuta: Rp 50,000
Fuel: Rp 64,000
*Flight: RM707 incl luggage 20kg
*Accomodation: RM100 per night 4 days for 3 pax
*Flight: RM707 incl luggage 20kg
*Accomodation: RM100 per night 4 days for 3 pax
*Makan: Rp600,000 per person
(RM45 per day)
Total cost : Rp 3,764,000 ~ RM 1060.82 for 3 pax
Total per person : RM 354
Total per person : RM 354
(not inc flight, accomodation & meal)
Overall expense per person (roughly): RM 707 (flight) + RM354 + RM180 (meal) + RM133 = RM 1374
Overall expense per person (roughly): RM 707 (flight) + RM354 + RM180 (meal) + RM133 = RM 1374
10 TIPS SEBELUM KE LOMBOK
Saya list kan beberapa tips supaya korg dapat prepare sebelum ke Lombok. Kalau nak jimat, silalah baca. Kalau betul2 nak gamble, korg gamble lah.
1. Peta Lombok
Hadam dulu peta Lombok yang aku curi kat En. Google ni. Sebelum plan itinerary, try la guna Google maps, check distance & duration from one place to another place so that korg tak membazir masa ulang alik tempat jauh2. Kos minyak pun jadi mahal nnt. Supir akan charge korg harga lagi mahal. Korg jangan ingat kat sini ada highway boleh pecut sampai speed 120 mcm kat NKVE mmg mission impossible lah. Jalan satu lane je. Kalau kat Praya tu ada la 2 lane. Praya tu dorg punya bandar tau. Seingat saya, from Bangsal to Tiu Kelep around 2h30m. From airport to Bangsal i think around 3 hours. Sedarlah bahawa pulau ni lagi besar dari lubang hidung awak. Jadi, plan la leklok ye.
2. Tempoh penerbangan adalah selama 3 jam
Hari tu aku naik flight Air Asia je. Untuk makluman tuan2 dan puan2, lagi awal korg beli tiket, lagi murah korg boleh dapat. Kawan aku beli tiket 3 bulan sebelum dapat RM400++ je. Aku sebab action kan, konon harga sama je beli bila2 pun, tapi sebenarnya tak. Aku kena around RM600++ not including luggage. Padan muka aku. haha. Ktorg tak purchase pun makanan dalam flight. Sebelum bertolak tu ktorg dah alas perut sikit & bila dah sampai sana masing2 muka macam singa kelaparan. hahaha
3. Bawa international adapter untuk kesenangan semua
Salah satu benda penting yang korg kena bawak setiap kali travel oversea; international adapter. Jangan jadi stupid ye ingat semua plug dekat dunia ni sama dgn plug kat Malaysia. Tak okay, tak. Pergi lah beli kt AEON ke, Mr DIY ke ada je yg murah2. Kerana sesungguhnya bila korg tak ada benda ni, maka matilah korg tak dapat charge phone. Macam mana nak send gambar kat pakwe/makwe kalau phone mati? Tak tenteram korg nnt. Mandi kat Gili Trawangan tak basah, makan ayam Taliwang tak kenyang. Haa..
4. Zon waktu kat Lombok dengan Malaysia sama je
Jangan risau pasal jet lag. Takkan berlaku lah kalau setakat ke Lombok je. Tak payah adjust jarum jam tu. Sama je timing tempat kita dengan tempat dia. Yang berbeza cuma waktu solat. Subuh dorg lebih awal dari kita diikuti dengan waktu2 solat yang lain pun awal juga lah. Jangan tak solat pulak. Ke mana pun kita pergi, jangan lupa solat tu wajib.
5. Simkad dan pakej internet yang murah
Korg boleh beli simkad dengan pakej internet sekali kat airport je. Situ pun dah ramai orang beratur nak beli. Bila dah ada internet, boleh dah la call pakwe/makwe korg yang tengah homesick kat Malaysia tu. Selain tu korg boleh jugak buat live update kat insta bagi org office jealous. Nice kan?
6. Majoriti penduduk Lombok beragama Islam
Tak perlu khuatir, tak perlu risau pasal makan sebab restoran2 kat sana memang jual makanan halal. Tak ada pork, ayam pun sembelih dulu. Cuma... tahap kebersihan makanan tu bergantung pada kedai mana korg pergi la eh. Tengok2 sikit makanan tu sebelum korg jamah. Takut ada bendasing nanti korg tak lalu pulak nak makan. Haha. Korg wajib try ayam taliwang sebab tu menu local yg famous tapi aku tak suka sgt sebab ayam tu keras. Aku lagi suka makan kat stall tepi2 jalan tu. Bakso dorg sedap & makanan dorg yg lain pun sedap jugak. You should try.
7. Bike rental & car + supir rental
Aku sarankan utk perjalanan jauh korg amik supir lah. Tak penat & tak payah serabut fikir nak lalu jalan mana. Ktorg pun ambil supir je. Cakap nak pergi mana, dia bawak. Nak singgah mana2 pun boleh. Sambil2 tu boleh dengar dia bercerita pasal sejarah Lombok, penduduk Lombok, culture dorg. At least dapat lah knowledge sikit pasal Lombok. Tak perlu hire tour guide pun, supir dah cukup membantu dah. Masa kat Kuta je ktorg sewa motor untuk sehari supaya senang ktorg nak keluar malam2 cari makan sambil jalan2 kat situ. Biasanya rate sewa motor Rp 50k sehari. Kat sana tak ada stesen minyak ye. Dorg jual minyak dalam botol2 kaca kat tepi2 jalan tu je. Minyak murah sikit warna kuning. Minyak warna biru mahal sikit. Alah, mcm minyak Ron95 dengan rminyak Ron97 lah.
Ni salah sorg supir yg bawak ktorg jalan2 kat Lombok. Best dia ni. Banyak cakap, baik & kelakar. Hahaha
Pak Rahman supir Lombok : +62 819 07806464 (Toyota Innova)
8. 3 cara untuk ke Gili Trawangan dari Lombok
- Public Boat - Paling murah (Rp. 15k per person), paling lambat dan paling lama kena tunggu sebab dorg tunggu penuh satu boat baru gerak. 45 minit dari Bangsal ke Gili Trawangan.
- Fast Boat - Ktorg naik yg ni hari tu sbb time ktorg sampai tu hari nak hujan & boat pun tak penuh lagi. Harga Rp. 85k per person. Setiap sejam mesti ada boat ni and tak kisah penuh tak penuh dia gerak je.
- Speed Boat - Yang ni option paling mahal dan selesa lah. Kalau korg banyak duit boleh naik boat ni dari Pelabuhan Teluk Nara. Rp.700k per boat.
Pastikan korg pakai selipar tau sebab kat Gili Trawangan takde jeti. So, korg kena turun dekat shore tu dalam air laut jugak lah. Confirm basah punya.
9. Tidak ada kenderaan bermotor di Gili Trawangan
Option yang korg ada cuma cimodo (kereta kuda) & basikal je. Ataupun korg boleh jalan kaki tapi penat la nak jalan sebab pulau tu boleh tahan besar jugak. Ktorg sewa basikal Rp 25k je from tempat yang ktorg stay tu utk jalan2 dalam pulau. Ktorg naik cimodo masa datang & balik je sebab tak larat nak jalan, beg berat sangat. hahaha.
10. Beli souvenirs di kedai Sasaku, Desa Sukarare & Desa Sade
Aku recommend korg beli souvenirs kat kedai Sasaku. Kedai tu dekat Mataram. Barang-barang yang dorg jual kt situ pun cantik2 and korg ada banyak pilihan sampai rambang mata tak tahu nak pilih yang mana lah. Dekat Desa Sukarare pun banyak option tapi dorg cekik darah sikit. Kalau nak beli kain tenun boleh beli sini. Dorg ada tunjuk jugak demo macam mana nak menenun & korg boleh jugak try menenun kt situ. Dia kasi try. Lagi satu option utk beli souvenirs dekat Desa Sade. Ada kain tenun, keychain, fridge magnet, gelang, etc. Situ korg kena pandai tawar-menawar lah. Jangan kena tipu sudahla ye sebab ktorg kena tipu. Video tu sis tengah belajar nak buat benang daripada kapas. ahah
Comments