Nostalgia Games

Korang korang! Korang mesti tertanya-tanyakan apa aktiviti sihat yang aku buat sepanjang aku intern dulu. Nahhh.. Aku tahu korg tak tertanya-tanya pon. Lantak la. Aku nak bagi tahu jugak. Ni lah satu-satunya aktiviti riadah aku. Turut serta dalam Nostalgia Games! 2 Januari 2016. Nasib baiklah ada orang perasan aku dah gemok. Mana tak nya, rutin jogging aku tak buat langsung. Workout pun tidak. Pastu dia ajak aku join benda ni. Seronok peluh aku woi dpt keluar last2 sebab dah lama terperap dalam kalenjar peluh aku. Lemas dorg. Aku start dengan sesi perkenalan ahli-ahli kumpulan aku yang super awesome lagi gempak dan barisan emcee yang masuk air sampai nak banjir.

All of them were my awesome teammates! Weeeeee! Except dua orang yang pakai jersey bola Malaysia warna kuning tu..buat semak gambar je (liyana bermonolog sendiri).. dorg tu emcee yang telah menjayakan event Nostalgic Games tu! CONGRATULATIONS GUYSSSS! You guys did a great job!

Ekceli, aku dah tak berapa ingat certain things tapi kumpulan biru memang daebak lah. Team leader yang tengah pegang hamper tu yang acah-acah budak baik padahal dia yang paling tak duduk diam, kacau orang sana-sini, mulut pot pet pot pet dan yang seangkatan dengannya. Nak bagi tahu nama ke? Mula dari yang paling kiri tu Aqilah, Izza, Coko (emcee), Ijad (emcee), Arif, Khidir, Liyana (budak paling pasif) dan Nabila.

Seperti yang dijanjikan, pukul 9.00am dorg akan start game tapi kalau dah kata Najib buat janji dicapati kan, tak mustahil jugak aku pun sekali kena makan capati. Start pukul 10 pulak. Pastu makin lewat n lewat. Haih. Takpelah. Kita tak boleh expect semuanya berjalan dengan lancar. So, sabar je la. TAPI! Games yang dorg buat serious best! Tak tipu. Nak tahu aku main apa? Ada 5 game kesemuanya.

  1. Mampus aku tak ingat game apa yg first
  2. Sukaneka
  3. Bola beracun
  4. Rounders
  5. Alamak! Satu lagi apa??
Ni game first tu. Aku tak ingat nama dia apa. Something like, ada bekas. Then kita kena passing sampai lagu berhenti kt org tu, then orang tu kena jawab soalan. Bengong dorg tanya aku pasal atlet renang. Mana la aku tahu. Berenang aku tahu la.

Tak tahu masa ni tengah tunggu apa. Tunggu makanan kot??

Nak dipendekkan cerita, takde satu pun game yang aku perform. Paling-paling terer pun, bola beracun la kot? Tapi yang paling menyeksakan, sukaneka. Aku kena jalan atas kertas surat khabar sejauh hampir 50m. Balik tu sakit-sakit kaki aku. Takpelah. Bukan aku sorg yang terseksa. Dorg semua pun terseksa. hahaha.

Kenapa aku dengan Aqila pakai baju kurung? Sebab ktorg nak nampak berbeza. Baru menonjol. Haha. Takdelah. Sebab lepas tu ktorg nak g wedding abg kawan Aqila.

Seronok dapat kenal orang dari macam-macam background. Harap ada lagi aktiviti yang best macam ni. Next dorg ada ajak main lasertag tapi aku tak dapat pergi sebab masa CNY tu aku balik kampung. Too bad. Maybe next time aku akan join. Thank you everyone for making me happyyyy!


Comments