My internship life
Haiiiii! Sorry aku excited sikit lately. Sebab apa?? Cer teka cer teka. Sebabbbbbb..... aku dah nak habis internship! Yay! Ketar jari tunggu tahan gian nak blog pasal intern aku sepanjang semester 5 ni. Macam-macam benda jadi. Pahit rasanya gula, manis rasa hempedu.. eh? Mari kita nak throwback sikit macam mana aku survive first day of internship. Bangun pagi, gosok gigi, mandi, cuci muka, breakfast..Yeah, that's my daily routine. Can I skip this part? Okay. Actually malam tu tidur pun tidur-tidur ayam je sebab excited nak pergi intern. Ayam sebelah rumah pun tidur lagi lena daripada aku. Yana yang rajin lagi berdisiplin ni pukul 5 pagi dah bangun mandi. Ada yang bangun lagi awal daripada aku ke?! Kalau ada mesti tipu. Kalau korg tak tahu lagi, ni aku nak bagi tahu. Akulah student yang paling rajin di dunia! Hahaha! Berlagak betul. Selangkahnya aku ke bawah shower, tiba-tiba rasa macam shower aku supply air dari kutub utara. Sejuk gilos! Ketaq palo lutut aku. Tapi nak buat macam mana. Mandi jelah. Takkan first day intern aku taknak mandi? Maka pada jam 6.15 pagi..sebenarnya aku tido balik. Alarm je pukul 5am.. Liyana yang berjiwa besar macam gajah ni pun memulakan perjalanannya ke HQ dekat Seksyen 13 Shah Alam. Aku bertolak dari KL. Sebab tu aku gerak awal. Sorg-sorg je der. Berbaju kurung cotton bunga-bunga kecik, berkasut tumit tinggi 2 inci, bertudung hijau. Semangat! Maklumlah, first time merasa dunia pekerjaan. Aku mana pernah kerja. Asal cuti je duduk rumah, chilling dengan supermama.
Ini Fatin. Dia datang sekali dengan aku dr HQ ke site. Jadi takdelah aku blur sorg2 kt site tu.
Pukul 7.15 aku dah tercegak kat depan HQ. Nampak tak? Dah terbukti aku ni berdisiplin. Dulu masa sekolah rendah aku pengawas sekolah tau! Ha yelah. Bukan bermakna aku ni tak pernah langgar peraturan sekolah. Pernah je aku acah-acah on duty padahal aku pergi lepak kt kantin makannnnnnnnnn sepuas-puasnya. Jantung aku dub dab dub dab jugaklah masa first time aku jejak dalam office tu tapi semuanya berjalan lancar jela. First day dah kena OT tu paling win. hahahaha. 2nd day kena marah pasal bukak Youtube masa kerja. Choi. Aku dengar lagu je pun. Bukan tengok video. Kerja jalan jugak. Ergh! HQ kecik. Aku pulak jenis langkah besar, Langkah sikit dah sampai hujung. Aku nak ber marathon dalam office pun tak dapat. Nak cari space untuk workout perut pun tak dapek. LOL! Geng2 intern sini semua sporting. Jenis kaki workout n mereng macam aku jugak sampai kakak-kakak office pun kata aku ni macam dah duduk sebulan kt situ sebab first day aku dah mengilai macam hantu, pergi kacau org. haha. Adik-adik, jangan contohi sikap saya tau. Tak elok. Kerja aku memisang je. Tukang fotostat, tukang taip balik, tukang buat air, tukang tulis balik, tukang susun. Atau nak lebih simple, kerja aku bertukang aje kt office tu. Tak sampai seminggu aku mintak resign. Ceyy, intern mana boleh resign. Aku mintak tukar intern kat site. Legam pun legam la daripada aku dok buat kerja yg tak bg aku manfaat apa-apa. Maka lepas seminggu berada di HQ, aku pun tukar ke site MRT di Damansara.
Meh aku nak brief sikit psl projek yg dorg tengah buat kat site ni. Seperti yang semua orang tahu, client projek ni ialah MRT dan dia lantik kontraktor (company tempat aku intern) untuk bina sebuah parking lot iaitu high rise building 7 tingkat di stesen Phileo Damansara. Masa aku datang dulu dorg tengah buat substructure di mana kerja-kerja excavation sedang giat dijalankan dan kasut aku pun sentiasa kotor bermandikan tanah merah yang lembik macam plasticine. Kat sini aku diletakkan di bwh supervision En Zakwan iaitu budak engineer yg perangai pun lebih kurang macam aku je. Student master UiTM Shah Alam jugak rupanya. hmphh dia pulak jenis tak kisah aku nak buat apa pun. Pergi tolong orang lain. Memang naik tocang lah aku. Haha. Tapi bukan bermakna aku tak buat kerja langsung okay. So aku pun mencampakkan diri aku ke bahagian safety department, sama dengan Fatin. Orang safety dah aku ni. Kerja-kerja nurse pun aku buat tau. Bangla sakit jumpa aku. Sebab tu semua bangla sayang aku. Ceyy! Geli aii. Tapi ada hari tu sekali, bangla tu sorg je, mimpi apa tah tiba-tiba confess cakap "I love you, kakak. Betul kakak. Datang dari dalam." Aku dengan kejamnya terus berlari pecut merentasi segala reinforcement bar dan kayu formwork ala-ala James Bond terus masuk ke dalam cabin dan kunci pintu. Depa hat ddk dalam cabin tu apa lagi, gelak kat aku kuat2. So sad :'( Selain daripada merawat bangla injured, aku kena jugak buat report, tangkap gambar dari angle2 tertentu. Kalau dia suruh panjat, aku pun panjat la. Kalau dia suruh jemur, aku pun berjemur la. Macam kerbau dicucuk hidung. Cuma aku bukan kerbau. Sebulan awal tu elok lagi sebab Fatin ada. Pergi kerja sekali dengan dia, balik pun sekali. Pukul 6.30 pagi ktorg dah tercegat kat depan site. Bangla pun tak datang kerja lagi. Punyalah punctual nya ktorg. tapi balik kena sharp la. Pukul 5 tepat terus thumbprint. Tak boleh lama-lama. Nanti jalan jem. Namun selepas sebulan, Fatin habis intern. Tinggal lah aku sorg2 menunggu masa untuk 'dihukum'. 3 bulan setengah aku intern sorg2 tapi itu semua awal-awal je.
Kerja melabel barang-barang dalam cabin SC. Rajinnya budak ni kan.
Jimat duit aku sepanjang aku intern ni. Nak dekat setiap kali lunch, orang akan belanja. Kadang-kadang dinner pun orang belanja. Kadang-kadang bangla pun belanja aku susu coklat Goodday (dorg stalk aku. Aku selalu beli susu tu. Bagus betul taktik dorg), buah mangga, aiskrim, roti, redbull, etc. dan itulah punca kegemukan aku. Aku naik 4kg! Bila aku g fakulti, ramai tanya kenapa aku dah tembam. Jawapan aku, "Orang tengah bahagia bro." Tak selalulah bahagia. Yang sedihnya, ramai yg berhenti kerja sebab tak tahan dengan asakan daripada pihak luar. Kerja untuk projek MRT ni memang sangat mencabar. Tak ada masa lah nak mengular ke nak amek cuti ke. That's why, Sabtu pun ktorg kena kerja. Aku siap kena OT lagi.
View site dari atas
Sekarang ni aku dah habis intern. Report, logbook dengan attendance pun dah hantar kt lecturer. Eloklah aku nak pergi, 2 orang budak intern baru masuk. Takdelah bos safety aku rasa terbeban sangat lepas aku takde ni. Dorg suruh aku extend lagi sampai sem break aku habis tapi aku nak kena start buat thesis aku dah. Takut jugak pasal thesis ni sebab senior2 sampai tak tidur malam siapkan thesis. Untung aku ada ramai yang sudi menghulurkan tangan untuk buat thesis ni. Information senang nak dapat sebab dah kenal project manager, safety manager, engineer semua. Okay lah. Tapi aku buat experiment. Kerja banyak dalam lab je. hm. Good luck lah aku sem depan. Rabak mata aku.
Sekian berita tentang intern aku. Seronok intern kat site. Jangan ingat perempuan tak boleh kerja kat site n if one day kalau korg kerja kat site, layan lah semua orang sama rata. Tak kiralah orang tu bangla ke, indon ke, dorg pun ada hati dan perasaan jugak. Jangan nak suka-suka panggil org sohai. Pastu communication among workers pun kena improve. Jangan datang kerja lambat. Sepatutnya sesiapa yg belajar berkaitan dengan construction ni kena belajar bahasa Bangladesh as third language. Memang berguna lah bila korg kena kerja kat site nnt sebab dorg ni bukan semua yang reti cakap melayu or english.
Klah. Sekian semua. Semoga maju jaya dlm setiap pekerjaan yg dilakukan.
CARI REZEKI HALAL!
Comments