Urusetia bhg cenderahati
Tanggal 6 Jun baru-baru ni, saat di mana semua SMF bertungkus-lumus selesaikan kerja masing-masing semata-mata untuk menjayakan MPG FSPU kali ni. Masa ni jugak lah aku dapat tengok anak-anak dara semua rajin menghias, menggunting, menampal, mengeluarkan segala buah akal yg ada dalam fikiran. Anak teruna pulak semua gagah perkasa angkat barang ke sana ke mari macam Badang. hehe. Tema MPG kali ni Caribbean Night. Sun is shining weather is sweet. Dress code; merah, kuning, hijau. Aku bertugas dalam biro cenderahati sebagai ketua dengan kerjasama daripada kawan2 sekerja lah ktorg dapat uruskan cenderahati dengan baik. Maaflah kalau kalian tak suka fridge magnet tu. Saya sediakan 2 design yang berbeza and itu custom made okay. Tampal elok2 kat pintu peti sejuk tu.
Salah seorang peserta persembahan teater
Malam tu semua segak cantik berjaya dengan outfit masing-masing. Juadah pun sedap. Rugi siapa yang tak makan udang tu. Saya rate 10/10 utk udang tu sahaja. Ayam cuma 3/10 sebab keras. Jenuh nak mengigit sebab risau gigi nanti beralih dari kedudukan asal (macam pakai gigi palsu je. hehe). Hari tu Tina yang mekapkan saya. Thanks Tina sebab bagi saya rasa cantik semula. hahaha!
Itu jelah rasanya. Lepas ni ada kelas so nak kena bersiap dulu. Saya wakil daripada biro cenderahati nak minta maaf atas segala kekurangan dan kesilapan kami sepangjang menjalankan tugas. Tahniah juga bagi semua students yg dah nak grad. Kerja elok2 nanti. Jangan curi tulang ya! Sesiapa yg sem depan dia sem akhir, kita jumpa pada MPG seterusnya! ;)
Tengok ni kak Nadia bambam nak kiss saya. Jealous tak?? hihih :P
Comments