Hari keluarga di Tok Bali & Cherating
Wahai abang-abang hensem, kakak-kakak cantik & adik-adik comel sekalian, assalamualaikum semua! Bagi yang bukan seagama dengan saya, salam sejahtera untuk awak *wink2 ;)
Ini kira percutian pertama aku masa cuti sem kali ni. Tak jauh pun. Dalam semenanjung juga. Perjalanan yang mengambil masa selama 8 jam ni buat aku rasa macam pesakit athritis, sengal habis sendi-sendi tulang dalam badan. Mula-mula singgah Terengganu dulu, tidur semalaman kat rumah makcik. Sampai rumah dia terus dapat makan sedap. Biasalah org keturunan Kelantan masak apa pun sedap. Siapa kata tak sedap tu maknanya orang tu ada masalah dengan deria rasa. Bangga aku jadi anak Kelantan walaupun tak fasih berbahasa Kelantan macam orang di kawasan pedalaman macam Tanah Merah, Machang, etc.
Tanggal 30 Januari 2014 hari Jumaat, tepat jam 1200 (macam Cinderella keluar istana pukul 12. Cuma ktorg versi tengahari) ktorg bertolak dari Kuala Terengganu menuju ke Tok Bali. Bukan Bali, Indonesia. Tok Bali, Kelantan. Kita Cuti-cuti Malaysia lah! Sampai je resort, nak kata mewah, boleh la sebab resort tu baru. Jadi kawasan situ memang ting tong bersih la. Service pun okay. Nanti korg yang lain-lain boleh la pergi Tok Aman Bali Resort. Kolam cantik, bilik cantik, pantai cantik tapi tak digalakkan sangat mandi pantai sebab tengok ombak kat situ macam ada malaikat maut tengah melambai-lambai. wuuu~ Takut tak? Mandi swimming pool la. Best jugak! Kalau tak puas boleh try kayak kat situ. Bayar RM15 untuk kayak 2 orang. Kalau nak sewa basikal RM10 untuk sejam. Org kat situ kata korg boleh bawak basikal tu pergi Besut! tapi dalam masa sejam la. Nak lebih masa means extra money jugak la wey.
Malam tu ktorg makan BBQ! Nyum nyum! Sedap sangat! Yang jadi favourite ramai, kambing golek. Malangnya aku tak makan kambing. Jadi aku hanya sambar ayam je, dan nasi goreng, dan hotdog, dan kek coklat, dan.. erm macam banyak je nak list kan semua?
Pagi Sabtu tu paling best! Dalam sesi sukaneka ni aku harap sangat dapat bakar lemak ayam BBQ yang dah melekat dalam dinding perut. (Berat aku dah naik 1kg! Aku baru timbang tadi) Sukaneka nye biasa je, untuk cucu-cucu Hj Ilias. Main lari dalam guni, jalan ketam, gorila walk, rebut gula2. alahai! Lemak aku santai je picnic dalam perut. :| Lepas sukaneka sambung aktiviti mandi swimming pool tapi aku tak join pun. Balik-balik bilik ingat nak rehat kejap, whatsapp kejap, baring2 kejap, pastu g join dorg tapi apakan daya. Diri ini sudah tidak bermaya seolah-olah ada tarikan magnet dari dalam katil yang menarik aku. Mata pun kuyu lalu terpejam sampailah ada sorg cousin aku datang ketuk pintu dah siap mandi kolam. Hm. Macam tu lah.
Sejurus selepas lunch, (aku makan sikit je. Percaya tak? Sebab lauk tak cukup menggoda selera aku) semua pakat balik pergi tempat masing-masing tapi ktorg sekeluarga tak. Golongan kaki panjang ni takkan berhenti setakat tu je. Ktorg sambung lagi ke Cherating. Tempat biasalah, favourite mak dengan adik-adik, The Legend Resort. Kat sini boleh mandi pantai. Petang pantai surut. Kawasan bersih tapi aku malas nak bermandi-manda. Aku lepak tepi pantai berjemur macam mat salleh selalu buat tapi bukan berbikini. Atas sampai bawah tutup sebab angin bayu yang menghembus tu sejuk sangat. Kalau boleh aku nak pakai sweater dengan stokin masa lepak tepi pantai tu. Best jugak kalau dapat pekena kopi panas. Pergh!
Tak ada apa sangat nak cerita masa kat Cherating. Semua biasa je. hehe. Harap terhibur. Kbyee! :D
Comments