Shopamaths holics

Sekali lagi saya telah menerima sehelai jersey free memandangkan semua PRD terlibat untuk jaga booth yg terdiri drpd Chapter 1 until Chapter 9. So semua PRD dikecualikan drpd bermain. Mula-mula aku diarahkan utk jadi AJK Publisiti & 'pekerja' yg jaga booth Chapter 8 iaitu bab Probability. Tapi sebab hari Sabtu takde elektrik dr pukul 10am sampai 5pm, shopamaths holics diawalkan ke ptg td. Tak sempat nak buat poster. Aku just buat poster untuk booth je. Probability nampak macam mudah sebab jalan kira utk soalan2 tajuk ni sikit je kalau nak dibandingkan dengan Integration & Circle tp tulahh. Nampak je mudah. 


Lecturer yg handle ktorg, Pn Muna. Rakan seperjuangan aku tadi Mastura dengan Farid. Farid tu bagi kerja menggunting kertas sikit je dah merungut, kerja macam perempuan la, kalau kawan-kawan nampak mesti kena gelak la, bla bla bla. Tapi aku paksa jugak dia bawak balik kertas untuk dia gunting dekat dorm. Kalau tak dia relax je la. Dia ingat dia anak raja?

Game dia mcm ni. Semua org perlu dapatkan semaksimum boleh cop 'GOOD' untuk dapat hamper. Kalau tak dapat jawab soalan tu, ktorg akan bg cop 'GIVE UP'. Kesian kat sape yg give up tu. Tak dapat la grand prize. Aku tukang bagi soalan kat org. Farid handle game. Mastura jaga skema & Pn Muna bg cop. Alhamdulillah ktorg semua cooperate each other. Booth yg paling byk bunga tu ktorg punya la. tapi bukan aku punya kerja. FARID PUNYA KERJA. Rasanya rumah dia nnt mesti penuh dengan bunga je. haha. Mat bunga betol.


Ni meja game kami. Sebelum aku bg soalan, dorg kena baling bola pingpong masuk dalam mangkuk tu (Pn Muna kata laksa). Dalam mangkuk tu ada nombor soalan. Jadi dorg tkade boleh pilih soalan. Ambik je yg mana bola tu masuk. Penat jugak jd tukang agih soalan pun. Orang datang berpusu-pusu serbu aku punya booth. Kalau aku ada termarah sape2 tadi, sorry la. Aku cepat kelam-kabut bila sesak2 mcm td tu. Ramai orang kata soalan Probability susah. Faziera yg 4 flat pun kata susah. 


Penat lelah aku hari ni dibayar dengan mee bandung yang sedap petang tadi. Lecturer sediakan utk PRD sbg tanda penghargaan kot :)

Malam tadi buat Qiamullail. Sebab tu rasa mengantuk sangat ni, tak cukup tidur -___-