Ekspedisi Gua Tempurung
Rindunya nak ber-blogging :) Dah lama aku tak update blog comel aku ni. Sekarang mood aku dah mai, boleh lah nak cerita pasal pengalaman aku pergi Gua Tempurung Sabtu lepas.
1) C1P1A & B
2) Aku tak sure practicum berapa tapi kelas Fini yang pergi sekali dgn ktorg.
Aku pergi sana bersandal memandang Tn Ishak kata sebelum ni lebih baik pakai sandal daripada kasut sebab kita akan basah. Kalau pakai kasut takut berat nk angkat kaki. Pendapat aku, better berkasut. Percayalah kata-kata aku sebab aku dah kena. Bawak torchlight yg letak kat kepala tu. Kalau nak pegang pun boleh tapi torchlight tu nanti akan menyusahkan pergerakan korg jela nnt. Pakai tracksuit tebal. Kalau nak pakai short pun boleh tapi utk trip yg ada basah2 ni tak sesuai lah sbb takut luka lutut tu nanti, tak smooth dah lah kepala lutut korg. Air mineral sangat penting & hanya orang yang betul-betul sihat je boleh masuk utk trip 3 jam setengah mcm aku ni. Hari tu aku pergi ada sorg Chinese girl ni nak pengsan dah bila sampai kat tengah gua sebab udara mmg nipis masa tu. Terpaksalah tour guide ktorg dukung dia smpai atas balik. Yelah. Nak teruskan dah tak boleh. Nak patah balik tu pun jauh la jgk. hha. Nasib amoi tu lah.
Menurut si pemberi maklumat dr Gua Tempurung tu, dia nak ktorg sampai before 10 o'clock. Visitors mmg sangat ramai hari tu. Banyak group lain datang dari serata Malaysia ni ada kat situ yg buat tempat tu jadi very crowded. Lepas beli tiket masuk yg harganya Rm22 per person utk tour 4, ktorg pun masuk lah pukul 10.30am (aku anggar je ni).
Aku tak expect langsung tour ni mencabar sampai kena panjat gua, slide, masuk lubang, redah sungai. Bunyi macam senang je kan tapi kalau salah ambil langkah, silap2 kau masuk jalan ala ala supermodel, keluar gua mcm baru redah bencana alam. Tahu jalan kekcok tak? hha :D Ramai kot injured. Mun awal-awal dah janji dgn aku nak jaga aku sepanjang tour tu tp masa tengah jalan dia yg injured dulu. So, terpaksalah aku jalan sorg2 sebelum Wan datang teman aku (bukan Wan datang pun. Aku yg suruh dia tggu aku. Kalau tak mcm budak hilang parents lah dia ni).
Serious aku tak perasan sandal yg aku pinjam tu nak putus dah talinya. Sebelum masuk gua lagi aku dah risau gila sebenarnya. Sampai suku gua baru, aku dah tak boleh pakai sandal tu sbb licin sgt. Tanah berlumpur & basah. So aku bukak sandal aku & mula panjat gua dengan berkaki ayam. Kan lagi senang. Sampai dekat satu kawasan landai, check sandal aku, okayy, tapak dah separuh tercabut. Nasib baik tak tercabut semua. Kalau tak berkaki ayam lah aku balik kolej. Hm. Orang lain semua berkasut masa redah sungai. Aku sorg je yg berkaki ayam masa tu. Mula-mula tu tak sakit lah tapi bila dah main berkilometer tu tapak kaki aku tak dapat support dah la. Tahu lah batu-batu dalam sungai tu macam mana. Kecik-kecik, licin lagi tajam. Seolah-olah mcm aku buat refleksologi yg org tua-tua selalu buat dekat taman rekreasi tu. Tuan Saiful pun kata aku paling sihat sebab tak pakai kasut. Dia tak nampak ke aku terseksa masa tu?
In a nutshell, ecehhhhh :P bestlahh ! Alhamdulillah aku takde injured pun. Esok datang kuliah relax je, segar bugar. haha. Lenguh-lenguh badan tu biasalah. Lain kali nak ajak ayah aku g daki gunung pulak. Gunung Datok dah, Gunung Jerai dah, gunung mana lagi yg best utk didaki?