Buckling & Physics


Buckling tu apa? Ce tengok kamus or try to google translate. Macam lengkuk / bengkok macam tu lah. Tak tahu nak cerita apa tapi tadi ktorg buat ni lah. Teliti betul-betul. Baju korporat ktorg macam baju sekolah teknik dulu cuma lagi besaq. Memang jodoh dengan warna oren striking je kot batch ktorg ni. Gambar ada banyak ni pun sebab aku bawak camera. Asalnya utk bawak g Gunung Jerai nanti tapi dah kerja awam ni pun Tn Azrul suruh tangkap gambar utk report awam, so guna je lah. Actually, tadi aku masuk kelas lambat 10 minit. Nasib baik lah lecturer baik. Kalau dapat lecturer yang garang macam singa tu, mesti kena bebel dulu baru boleh start. Ika pun bukan nak kejut aku. Tak tahu lah kenapa aku mengantuk gila hari ni. Tidur dah awal. Bangun pun lambat. Agaknya memang dah sindrom aku macam ni kot? hha. Aku terjaga tadi pun dah pukul 2.05pm. Tengok2 surau dah tinggal budak-budak yang tkde kelas masa tu. Dah tahu lambat, boleh lagi jalan slow-slow, mamai g bengkel. hha.


Tu ha aku tengah mamai. Orang suruh buat macam tu macam ni aku buat je :)


Hari ni ada lab physics. Boleh teka tak aku nak cerita pasal apa? Hm. Lecturer physics aku psycho aku hari ni. Seolah-olah macam aku kambing hitam hari ni. Tadi ktorg discuss pasal soalan UPS 2 last batch punya. Dia nak discuss soalan 4 dulu. Dup dap dup dap, "Ha ! Kakak yang tak pakai spec tu, bangun !" Selalunya aku pakai spec tapi hari ni aku tertinggal pulak dekat bilik, tak bawak ong. Group aku yang lain semua pakai spec pulak, lagi la senang dia nak panggil kan? Soalan 4 tu dah la aku tak jawab lagi. Aku tau bukan aku sorg je tak jawab lagi. Aku hanya pasrah je masa tu. Apa dia tanya, aku tibai jela apa-apa yang aku tahu. Last2, sejam hbs macam tu je utk discuss soalan 4 SAHAJA. Ha. Dia psycho aku sejam. Pengalaman tu tapi alhamdulillah lah, aku faham apa yang dia ajar.