Aktiviti Gunung Jerai

Aktiviti Gunung Jerai ni dah lama pun lepas tapi takpelah. Kita imbau kembali kenangan masa lalu :)


Aktiviti ni 2 hari 1 malam (satu-satunya group yg bernasib baik dpt bermalam atas Gunung Jerai). Sejuk gila beb malam tu ! Sape yg tak bawak sweater tu tak tahu lah dia survive mcm mana. Sape suro tak bawak kan? Tapi mostly bawak lah. Aku tak puas hati betul siapa yg pilih aku jadi centri. Kena bangun pukul 5 jaga tapak khemah tu. Kenapa harus aku yg dipilih? Aku nak tido tapi better la drpd jadi cenri pukul 1 pagi mcm Rose kena. Orang kata pagi-pagi buta tu hantu banyak. Eee ! Takut aku. Nasib baik pukul 5 tu dah ramai yg bangun. Budak-budak laki boleh pulak g terjun kolam pagi-pagi tu. Tak sejuk ke? 


Malam tu sangat best tahu ! Tn Ammar dengan Acap gilir-gilir handle games. Dahla sebelum tu dapat makan BBQ dengan nasi goreng sedap. Nyum nyum~ Aku tak participate dlm mana-mana games pun. Segan :P Tn Ammar kata batch lepas ni tak pergi dah Gunung Jerai. Dorg plan nak pergi tempat lain pulak. Tak tahu lah dekat mana.


Sesungguhnya aku dengan Ika tak dapat dipisahkan. Ktorg dapat khemah yg sama. Yang dekat depan tu Indy and sebelah aku tu Munirah. Alhamdulillah semua ahli khemah aku baik-baik. Takde yg nak berdengki ruang luas ke sempit. Masing-masing berkerjasama lah. Khemah ktorg dekat sebelah tapak khemah lelaki. Agak tak selesa sebab kita keluar masuk khemah dorg nampak, ktorg bukak lampu dlm khemah dorg nampak wayang kulit, ktorg borak apa pun dorg dengar. Takde privacy langsung.


Masa ni dah dekat puncak Gunung Jerai. View dari atas ni canti sangat ! Tak tipu ! Ada hotel pulak kat ats ni. Tengok Amir (yang pakai spec). Aku tak tau la kenapa dia posing mcm tu. Mcm lelaki lembut pun ada tapi sebenarnya dia tak macam tu pun. Dia main basketball sekali dengan aku dengan Wan dulu. Ktorg semua satu practicum. Amy bukan basketballer tau. Dia olahraga. Atlet lari-lari. hhe :)


Otw turun dah ni. Semua penat. haha :D Aku turun tangga seribu ni kaki shaking kuat gila. Yang syoknya orang lain turun berjalan, aku turun berlari sampaikan Hafif dengan Daus panggil aku atlet splinter, dorg kejar aku. Kalau aku berhenti, dorg pun berhenti. Kalau aku lari, dorg kejar aku kat belakang. Macam budak-budak pulak aku rasa. hha :D Aku tak jatuh langsung. Bangga ni. hehe :P