Penghujung semester 1


Haha. Tengoklah kad matrik aku. Nerd kan? Pakai spec. Maklumlah orang rabun jauh. Muka pun berminyak sangat masa ni. Ada ke orang tengah berpeluh-peluh, rushing sana sini tiba-tiba sampai satu tempat dia suruh tangkap gambar? Alamatnya macm tu lah muka aku. Senyuman yang terukir di bibir sangatlah palsu.

Tanggal 29 oktober iaitu ESOK, huih ! Cuak gila. PSPM start. Aku tak prepare pun. Study pun sambil lewa seolah-olah PSPM ni macam ujian bulanan. Semalam study math kejap, terpinga-pinga mcm tak tahu apa-apa. Baru menggelabah nak suruh orang ajar cara study last minute. Huh ! Kalau ayah ada mesti dia dah pulun aku sejak awal lagi tapi menderita sikit la. Setiap pagi mata mesti bengkak. Dapat bayangkan tak tahap mana ketegasan ayah aku tu. Sekarang ni aku cuma mampu solat hajat & doa untuk permudahkan memahami ilmu tu supaya aku tak cepat lupa or blank masa exam nanti.