Susahnya kalau ummi takde
Hari Jumaat tu, ktorg semua tak breakfast. Mak tak dapat nak bangun sediakan breakfast untuk ktorg mcm biasa. Hari tu, aku pergi Larian Sekolah tu, aku tak makan apa-apa punn. Sebab tu lahh aku dapat nombor 30 jea. Takde tenaga. Tengah hari tu, aku terpaksa balik sendiri. Dahh takde ssape yang boleh datang ambik. Dahla tgh penat masa tu. Mula2 naik bas. Then LRT. Then terpaksa jalan kaki dari Cempaka sampai rumah. Jalan punn main agak-agak jea. Agak jauh la jugak. Seriously, memang penat ! Lunch? Hmm.. Makan tak sedap. Dinner? Beli jea mee bandung dekat kedai Pak Mat tu haa. Bosan tahu tak? Eh kawan-kawan, aku punn dahh ada adik angkat. hee ;)
Sabtu, makcik aku datang. Rumah tak payah cakap laa. Bersepah. Selalunya, mak mesti kemas rumah kalau ada tetamu nak datang. Makanan punn beli kat luar. Hmm.. Huru-hara habis. Suddenly malam tu, nampak mak turun bawah bawak beg. Ayah nak hantar mak pergi hospital. Masa tu dah risau dah. Takkan aku yang kena handle adik-adik aku ni? Ya Allah !
Hari Ahad, ada kenduri. Selalunya ktorg mesti bersemangat kalau ada kenduri. Pilih warna baju kurung, warna tudung. Boleh dga la waktu2 cmni adik aku menangis sebab warna baju dia tak matching dengan warna baju mak tapi hari tu aku sorg je yang pakai baju kurung. Adik-adik pakai seluar dengan t-shirt macam tu je. Selekeh betul ! Sampai sana, selalunya ktorg akan ikut setiap perlakuan mak. Mak salam orang tu, orang tu jugaklah ktorg salam. Mak ambil lauk tu, ktorg pun ambiklah lauk tu. Tapi sebab mak tde, ktorg makan nasi dengan kuah je. Lauk? Hmm.. Tak tahu kat mana dorg letak. Ktorg adik beradik punn tak pergi salam sape-sape punn. Kurang ajar betul kami ni. Nasib baik lahh kenduri tu makcik aku yang buat sebab dia nak rasmikan rumah baru dia. Balik tu ktorg excited sangat sebab dapat pergi melawat mak dekat hospital. Mak punn happy tengok ktorg tapi doktor tak bagi mak balik lagi sebab tahap keracunan makanan mak dahh cecah tahap kelima ! Doktor kata kalau mak balik, risiko tinggi. kemungkinan akan berjangkit. Uish ! Menakutkan. Tengok nurse cucuk ubat kt tangan mak. Isk ! Terasa di tanganku juga ! Mak tak boleh makan. Doktor kata boleh minum je. Kesian ummi.
Hari ni, ak follow makcik ak g Mid sebab nak jaga adik-adik aku yang nak ikut sekali. Adui ! Bosan dan memenatkan. Boleh pulak masa tga bad mood tadi, ada satu group budak lelaki ni mencapap depan aku. Gila ke?! Menghalang pandangan aku jea. Eishh ! Tension aku ! Aku tak tahu la apa akn jd kalau makcik aku nmpk. Teruk aku kena bahan agaknya. hmm..
Macam2 jadi minggu ni. Tulahh. Susah kalau mak takde. Allah dah tunjuk kat aku, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Harap-harap, ummi cepat sembuh. Amin..
Comments