How I start my journey as a fresh graduate
Hai! Dah lama betul rasanya aku tak kongsi kisah hidup aku. Sejak adik aku cakap aku ni obses dgn diri sendiri, aku dah jarang tulis diari, blog & wallpaper aku pun dah tak letak gambar sendiri. Jadi, aku pun letak lah gambar kartun twinkle twinkle little star, how I wonder what you are. Up above the world so high. Like a diamond in the sky, supaya nampak ceria dan berseri-seri gittuw. Tu pun dikatanya lagi macam budak-budak punya henpon. Diari aku? Mmg penghujungnya sampai aku SPM je. Masuk zaman matrik dah takde masa, busy kacau orang. Masuk zaman universiti? Hm.. Lagi lah busy! Assignment kejap macam Gunung Tahan, kejap macam Gunung Kinabalu. Nak buat macam mana? So, sekarang aku dah masuk zaman kerja, zaman orang ramai masuk hospital sakit jiwa gara-gara stress melampau & depression. Tapi sebelum masuk zaman kerja di zaman PM 1 Malaysia ni, boleh tahan susah jugak nak cari kerja. Apply kerja sana sini, email resume berpuluh-puluh pun tak dapat offer. Interview pun orang tak panggil. Ada lah satu dua company call buat interview dalam talian tapi tu pun tak terpilih utk ke second interview. Aku rasa sebab aku gelabah badak sangat masa receive call tu. English aku dah macam bunyi Bahasa Russia dah. Masa tu lah baru nak rasa menyesal tak belajar leklok sebab kebanyakkan company besar punya requirement nak pointer tinggi setinggi-tinggi KLCC. Communication skill pun kena power. English language kena vavavoom slang British Manglish tragis! Aku ni takdelah pandai mana. Pointer pun ngam ngam atas pagar lompat tinggi. Lompat-lompat sangkut kat tengah tiang. Rezeki takat tu pun aku rasa dah cukup sebenarnya. Mujur tak jatuh gedebuk macam nangka busuk kat rumah kau. Alhamdulillah wa syukurillah.
Aku menganggur nak dekat 4 bulan. Dalam tempoh masa tu, aku ada buat bisnes kecil-kecilan untuk mengisi masa lapang yang terlampau membosankan tu. Yelah. Kalau aku tak bisnes, rutin aku bangun pagi, makan, tido semata-mata. Sometimes adalah jugak keluar jalan-jalan window shopping dengan mak kesayangan. Dahtu takkan setiap hari nak window shopping? Habislah stok tingkap kat pasaran kita nnt. Gurau je. Mestilah nak kan beli barang macam baju ke kasut ke handbag idaman qolbu. Duit nak kena cari. Duit takkan jatuh macam durian runtuh. Takkan ada tanpa usaha. So, atas cadangan mak, aku pergi belajar buat biskut raya & cupcake alang-alang topup skill untuk jadi housewife berjaya untuk suami tercinta. Hahaha! Antara biskut yang aku rasa menjadi lah, red velvet cookies, oreo chrunchy, vanilla chocolate chip cookies and ombak rindu dan cintaku terhadapmu~ eh takde la. Ombak rindu je. Alhamdulillah laris juga lah biskut aku sampaikan tak cukup tangan nak menyiapkan order yang terlampau banyak menjelang hari raya hari yang mulia. Masa untuk buat cookies bertambah kritikal pulak bila aku diminta untuk mula kerja 1 June. Masa tu awal-awal puasa lagi. Aku request untuk start bulan Julai tapi dia nak aku start bulan Jun sebab nak training dulu. Nak taknak kena setuju lah or otherwise, aku takkan dapat kerja untuk beberapa bulan lamanya atau mungkin bertahun atau mungkin tak dapat kerja langsung. Modelling career aku? Hm.. kau rasa? Haha. Lain kali lah aku cerita pasal modelling career aku. Nak cerita dalam page ni sekaligus memang panjang lah. Dia kena cerita asing. Jadi nasihat aku untuk siswa dan siswi sekalian, belajar la rajin-rajin kalau nak kerja dalam company besar. Kalau belajar pun ala kadar, tanamkan dalam kubur jelah mimpi kau tu melainkan kalau Allah makbulkan doa korg and you are born to be lucky in every kind of situation. I think I was born to be lucky lah kot sebab first time job interview pastu terus dapat kerja dalam company besar yg antara top performers setaraf dengan IJM. Meh sini aku nak cerita apa yang bos aku tanya masa interview aku hari tu.
Antara soalan-soalan famous semasa job interview:
1) Tell me about yourself.
Aku rasa most job interview akan ada soalan cmni diajukan untuk korg. Apa nak buat? Kawan aku nasihat kt aku hari tu, "Kau jangan berhenti cakap sampai dia suruh kau berhenti. Tak kira la sejam ke dua jam ke sebab masa tu dia nak tengok communication skill kau cmne & confidence level kau power ke tak." Aku serabut jugak la fikir masa tu. Yelah. Kau nak cerita apa sejam ke dua jam nak bleber macam makcik-makcik joyah luar sana. So apa aku buat, aku merapu lah banyak-banyak. Aku cerita dari zaman aku belum tadika lagi sampai lah sebelum puasa hari tu apa jadi. Memang merapu teghok lah. Atuk aku sakit pun nak cakap. Aku suka food hunting pun aku cakap. Favourite food aku apa, hobi aku apa, nightmare, daymare, everything! Tapi last2 aku pun tewas jugak. Aku cakap jugak, "That's all."
2) Why are you applying for this position?
Saya nubis (fresh grad) masa tu dapat fikir cmni je, "Sebenarnya saya tak kisah pun position apa. Asalkan saya dapat kerja." Tapi aku kelentong jugak dia, aku cakap kat dia kononnya aku berminat dengan position tu sebab masa study dulu aku paling perform untuk subjek planning ni. Hanya kawan sebelah aku dalam kelas tu je tahu betapa 'perform'nya aku masa dalam kelas. Kawan aku tu sampai cakap, "Kalau kau jadi planner, aku tak tahu lah masa depan projek yang kau handle tu macam mana." Mungkin apa yang dia cakap tu sebenarnya doa untuk aku. Sebab tu aku dapat jadi planner sekarang.
3) Do you know what are the roles of the position that you are applying?
Sebelum aku datang interview ni aku memang dah siap Google roles of a planning engineer. hahaha! Aku pun sebut jelah semua yang aku jumpa dalam Google tu. Tambah dengan ilmu yang lecturer aku dah bagi. Dah habis point, aku ulang balik benda yang sama tapi dengan ayat yang lain sebab nak kasi jawapan aku panjang sikit. Padahal point sama je. Hahaha! Alaaa siapa tak pernah buat cmtu sebelum ni memang rare lah. Aku sedar knowledge aku sikit. Then nasib baik masa tu bos aku faham aku fresh graduate. Pastu dia pun explain la panjang lebar psl tugas2 planner. Banyak jugaklah sebenarnya benda yang aku tak tahu lagi. Noob.
Tu jelah kot yang aku rasa penting untuk korg study dulu sebelum pergi interview. Cerita selanjutnya tu nanti dah masuk alam kerjaya. Dah dewasa kan? hehe. Oh ya! Tak terlambat lagi kan nak wish raya? Selamat Hari Raya semua! Semoga tak jemu baca blog saya. hihi
Comments