Travel to Jogjakarta, Indonesia

. A beautiful place to visit .

Indonesia adalah sebuah negara yang kaya dengan flora dan fauna serta alam semuladinya yang sangat indah. Malah ia juga adalah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di seluruh pelusuk dunia. Bagi penggemar-penggemar alam semulajadi dan aktiviti-aktiviti lasak seperti hiking, river tubing dan jungle trekking, Jogjakarta menjadi lokasi yang paling sesuai untuk anda menjamu mata dan melaburkan wang anda tidak kira bila dan bersama siapa anda mahu pergi kerana aktiviti-aktiviti di sini sesuai untuk semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak.

Eh, takkan dah menguap baca intro skema tadi? Sabar.. sebab ada banyak lagi korg kena tahu pasal Jogja memandangkan sekarang Jogja dah makin famous dalam media sosial kita, takkan korg nak baca je yedok? Mesti korg nak juga merasa sendiri pengalaman pergi Jogja dengan member-member, family. Nah. Ni itinerary aku masa aku pergi situ dgn family aku bulan Januari 2017 hari tu.




Itinerary Jogjakarta, Indonesia

27 January 2017, Friday

9.00am: Tiba di airport.
10.30am: Jalan2 di Candi Prambanan
12.30am: Lunch @ Sendang Ayu Restaurant (Ikan gurami bakar, ikan bawal kicap, ikan gurami goreng, sayur, nasi)
2.30pm: Bergambar di Hutan Pinus
3.30pm: Bergambar di Lubuk Pasir. Famous dgn aktiviti sand boarding.
5.00pm: Makan angin di Pantai Parangritis utk tgk sunset.
7.00pm: Dinner
8.00pm: Check in homestay Rumah Hani

28 January 2017, Saturday

5.45am: Bertolak ke Gunung Merapi utk tgk sunrise
10.00am: Breakfast
11.30am: Melawat sekitar Candi Borobudur
4.00pm: Makan
10.00pm: Jalan2 di Malioboro
10.30pm: Dinner

29 January 2017, Sunday 

6.50am: Bertolak ke Kebun Buah Mangunan
8.00am: Tiba di Kebun Buah Mangunan utk tgk view cantik
10.00am: Main water tubing di Goa Pindul
3.30pm: Snorkelling di Pantai Sadranan
8.00pm: Dinner di Warieng Ayam Kepo
10.00pm: Jalan2 di Malioboro

30 January 2017, Monday

7.30am: Breakfast
8.30am: Melawat Taman Sari Water Castle
11.00am: Jalan2 di Jogja City Mall
12.30pm: Lunch
2.00pm: Shopping di butik pakaian muslimah, kanak2, lelaki, batik & Donatello & survey kain ela
8.00pm: Dinner @ Kedai makan Aceh
8.40pm: Balik rehat

31 January 2017, Tuesday

8.00am: Breakfast
9.00am: Jalan2 mendalami sejarah Sultan indo di Kraton
11.00am: Shopping batik & kasut Donatello
2.00pm: Lunch
3.30pm: Jalan2 di kilang tshirt dan beli bakpia (sedap..)
5.00pm: Shopping @ Jalan Malioboro
8.30pm: Dinner
9.30pm: Balik packing bag & rehat

1 February 2017, Wednesday 

5.30am: Bertolak ke airport


Sorry, aku tak ada budget list sebab semua ditanggung pa. hehe.. tapi aku boleh la bagi tau sikit2 pasal trip ktorg hari tu. Ktorg booking tempat tinggal daripada airbnb Rumah Hani untuk 7 orang dalam Rp 4j untuk 6d5n. Homestay tu dekat Malioboro, dekat dengan tempat shopping. Kalau malam-malam lapar, boleh jalan kaki 5 min je keluar g cari makan (KFC sana dok dap. Pergi la makan nasi Super sambal, Ya Allah sedap gila tapi pedas namatey). Korg google la street of Malioboro. Situ mmg famous dgn tempat shopping. Ada banyak hotel area situ tapi mahal sikit lah sebab dia tengah bandar kan. Ktorg bukan pergi backpack. Ada upah tour guide. Korg boleh search kat Cari Malay forum, tour guide nama Nizam. Okay juga dia bawak. Recommended. Always punctual. Dia bawak g tempat-tempat best kat Jogja. Kalau korg teringin nak pergi Gunung Bromo pun dia boleh bawak. Biasa backpackers dorg nk pergi banyak2 tempat kan macam Solo dan Surabaya pun boleh. Ada banyak pakej2 travel murah kat sana utk korg survey.



| Tempat-tempat menarik di Jogjakarta |

Shopping


  • Jalan Malioboro

Tempat shopping macam-macam jenis souvenirs murah-murah seperti tshirt Jogja, keychain, beg, etc. Boleh tawar harga murah.

Outdoor


  • Goa Pindul

Dia cerita pasal gua tu basically. Ada Air Terjun Pengantin setinggi 2 meter korg boleh terjun.



Gumuk Pasir


Boleh main sandboarding kat sini. Sewa board kat situ. Tempat ni macam Klebang. Pasir je. 



Hutan Pinus


Takde entrance fee pun nak ke sini. Tempat ni lebih kurang macam Nami Island lah sebab banyak pokok tinggi2 tapi dia susun cara ladang getah. haha.



Kebun Buah Mangunan



Kat sini terkenal dengan view yang cantik. Seeloknya pergi waktu subuh untuk view yang terbaik.



Gunung Merapi


Gunung Merapi tour ada banyak jenis trip. Trip pendek, sederhana, panjang. ktorg ambil yang pendek je untuk cukup syarat datang sini. Tu pun dah banyak spot untuk tangkap gambar cantik-cantik.



Pantai Parangritis

Siapa suka pergi pantai boleh la nak datang sini tapi masa aku pergi tu dia cakap tak boleh mandi sebab air laut tengah bergelora. Korg hanya boleh melepak tepi pantai ataupun naik kuda kat situ.


Kalibiru

Tempat yang ada view terbaikkkk! tapi aku tak pergi sebab tak sempat. Weekend jem gila sbb org dari Solo, Surabaya, Bandung, Jakarta semua pakat datang sini. So, dari satu tempat nak ke satu tempat ambil masa berjam untuk sampai. Sana bukan ada highway. Jalan satu lane aje.


Sejarah

Taman Sari Water Castle

Serious lawa tempat ni. Macam dalam movie punya tempat.

Kraton


Sini dia cerita pasal sejarah sultan dia je. Macam mana istana tu dibina. Cantik & unik. Korg jgn tau nk enjoy je. Pergi la jugak tempat-tempat macam ni. Baru lengkap travel Jogja.


Candi Borobudur


Aku suggest kalau nak pergi candi2 ni pergi on weekdays. Masa aku pergi tu aku ramainya macam orang nak buat demonstrasi sebab aku pergi time weekend. Nak bergambar pun ramai sangat datang photobomb. Tak syok lah macam tu. But Prambanan is much better than Borobudur sebab..idk. Benda sama je just designnya lain. Prambanan banyak bangunan. So orang tak berebut nk tangkap gambar. Borobudur tu satu bangunan je. Tak banyak spot yang free untuk bergambar.


Candi Prambanan


Tengok. Aku datang time weekdays lengang je tempat ni. Takde nak kena berebut dengan orang lain.


Itu sahaja daripada saya. Semoga info yang diberi bermanfaat untuk korg. Boleh dah g survey tiket flight. Kot AirAsia ada buat promo. Hehe



Comments

Jati Wijaya said…
Assalamualaikum wr wb.

Sebelumnya saya mohon maaf bilamana Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan kerana posting saya. Salam perkenalan saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong kat Jogja sila kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.

Kami bagi harga yang berpatutan dengan service best kerana kami handle terus dari Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak nak melancong ke Jogja sila kol / sms / whatsapp saya +628985101301, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..

Kami juga sedaiakan kereta sewa (all new avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50 seats) dengan harga yang berpatutan. Harga bole sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.

Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
(pakej lain sila whatsapp)

Day 1
● Tebing breksi
● Kotagede (kilang silver & chocolate)
● Parangtritis beach
● Manding (leather arts)
● Alun2 selatan (sepeda & becak lampu)

Day 2
● Merapi lava tour
● Borobudur temple
● Kalibiru

Day 3
● Timang beach
● Cave tubing pindul
● Pinus Forest
● Bukit bintang

Day 4
● Drop off to airport

Harga bermula dari:
RM 589 (ALL IN)*
RM 439 (exclude hotel)*

*kos kira dalam 1 ringgit = 3500 rupiah, kos hanya estimasi sahaja kerana nilai tukar naik turun
* kos kira dalam 5 pax, lagi ramai lagi jimat, lagi sedikit lagi mahal


Pakej termasuk
● Kereta Sewa AC standard pelancongan (Grand / all new Avanza / Xenia untuk 2-5 pax, Isuzu elf 11 seater untuk 6-11 pax, Isuzu elf 16/17 seater untuk 12-16 pax, medium bus 31-33 seater untuk 17-33 pax, bigbus 44-54 seater untuk 33 pax lebih)
● Hotels *2 selama 3 malam (termasuk makan pagi)
● Supir / Pemandu
● Makan supir
● Parking
● Entrance fee sesuai itinerary
● 4x4 jeep merapi (kongsi 4 orang)
● shuttle menuju timang / kalibiru, kalibiru bilamana guna van harus naik ojek sepeda motor
● Dinner and lunch sesuai itinerary (halal meals)
● Air mineral
● Insurance

Exclude:
● Airport taxes
● Gondola ride bilamana pergi timang
● Personal expences (laundry, pulse, shopping etc.)
● Menu tambahan untuk dinner / lunch
● Tips untuk driver (seikhlasnya)

Note:
Harga dapat berubah setiap masa
Harga tidak berlaku bagi high season

>>> Untuk pakej pelanconga jogja yang lain sila jangan sungkan kol /whatsapp +628985101301 (FREE).
>>> Email: ganeshabantul@yahoo.com
>>> Facebook: www.facebook.com/reviosta (Jati Wijaya)

Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.

Wassalamualaikum Wr Wb