Trip bajet ke Seoul, Korea | Itinerary & bajet



Hai! Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua orang Islam di seluruh dunia. Haaa macam la satu dunia baca blog aku. Aku bukan artis pun. Lembu-lembu sekalian mesti nervous kan? Hari ni lah hari 'The Purge' korg. Pastu orang dlm 'Wrong Turn' akan masak daging korg buat sup tulang and jamu ktorg makan. Sedapnya! Korg terasa korg lembu tak? Hehehe. Pergi mandi.

Minggu ni aku cuti sempena raya haji. Banyak sikitlah masa aku nak menaip blog. Kalau tidak, memang korg kena tunggu sampai 3-4 bulan barulah aku dapat blogging pasal trip aku ke korea dua minggu lepas. Ada kawan aku ni, time tu ktorg tengah nak bahagikan orang in group for coursework, dia punya la lancau cakap, 

Hamba Allah: "Eh Yana! Kau bukan baru balik Korea ke? Boleh ke nak buat kerja ni?"
Yana: "Haah. Tapi aku dah ready nak buat kerja."
Hamba Allah: "Patutla bau hancing je kat sini."

Itulah feedback negatif pertama yang aku dapat daripada classmate aku sendiri pada hari pertama kuliah semester 7.

Sebenarnya ni dah kali kedua aku ke Seoul. Setahun lepas aku pergi dengan kawan-kawan aku tp aku tak terfikir lagi lah nak buat list budget aku sepanjang trip aku ke sana. Segala cerita boleh tengok dekat post aku sebelum-sebelum ni. Jadi, this time aku dah buat budget list aku, berapa banyak duit yang aku dah labur kat negara kpop tu. Segala kos bergantung pada jumlah orang yang pergi. Time tu aku pergi dengan family, dalam 5 orang plus seorang kawan yg baik hati yang sudi jadi tour guide ktorg untuk kali kedua.

  • Accomodation kami booking through airbnb utk 6 hari  KRW 422,975/4
  • Flight around RM 1300 inc luggage 20kg & makan return

Day 1
  • Transport 70,000 per van/6
  • Tmoney topup 30,000
  • Itaewon (lunch Bulgogi) 10,000
  • Namsan Tower -free
  • Myeondong 
  1. Dessert Ice cream tower 2,000
  2. Potato rolls 3,000
  3. Lip scrub 15,000

Day 2
  • Breakfast roti 1,800
  • Insadong 
  1. Shawl 10,000
  2. Lunch 32,000/6
  3. Purse 35,000
  • Dongdaemun Historical & Cuture Park station (Track bottom) 15,000
  • Dinner 3,500
  • Jonggak Korea Tourism Centre -free
  • Gyeongbokgung Palace 3,000
  • Gwanghwamun Square -free
  • City Hall -free
  • Chonggye River -free

Day 3

  • Nami Island
  1. Train to Nami Island 5,800 (seat)
  2. Cab 3,700/4 per taxi
  3. Entrance ticket 8,000
  4. Train to Seoul 4,900 (standing)
  • Lunch shrimp burger @ Lotteria 5,400
  • Ewha Women University (Socks) 2 for 2,000
  • Sincheon (Dinner ikan bakar @ Gosame) 6,500

Day 4
  • Breakfast 4,800
  • Namdeamun Market
  1. Brooch 1 for 2,000
  2. Jarum tudung 1 for 2,000
  3. T-shirt Korea 3 for 10,000
  4. A4 bag 15,000
  5. Makeup bag 15,000
  6. Keychain 3,000
  • Myeondong (Lunch) 22,000/5
  • Kwanjang Market (kain) 4m for 16,000

Day 5
  • Suwon Fortress -free
  • Sky Park -free
  • World Cup Stadium -free
  • Lunch shrimp burger (Mom's Touch) 25,000/6
  • Itaewon (Dinner @ Eid) 37,000/5
  • Fruit Juice 2,000
  • Tmoney topup 10,000

Day 6
  • Breakfast shrimp burger @ airport 13,500
TOTAL : KRW 447,815 ~ RM 1670.00 (inc makan, transportation, accomodation)
TOTAL : KRW 125,000 ~RM 463.00 (Shopping)

Macam murah gila kan trip kami? Haa. Ni kami jimat sebab:

  1. Naik public transportation (tak sesuai utk pelancong warga emas dan yg bawa budak kecil yg masih tadika dan kebawah).
  2. Accomodation booking apartment dari Airbnb shj instead of hotel yg jauh lg mahal.
  3. Makan malam dan breakfast kdg2 kami makan makanan yg dibawa dari Malaysia (Brahim, roti, beras, etc.)
  4. Mineral water kami bawak satu kotak dari Malaysia. Mmg habis air mineral tu.
Kalau rasa nak tour guide, ada kawan aku buat service tu.

CONTACT :
Muhamad Zharif Azhan Bin Abdul Wadud
Instagram: Korea Aku Datang
Facebook: Korea Aku Datang
Whatsapp: +820 10 2663 4149
Call: +6018 9841 524
Email: koreaakudatang@yahoo.com

P/S: Ni kawan aku yg mmg buat bisnes. Yg aku punya kawan yg bwk aku tu dia tak buat bisnes. Maafler. Kalau tak dapat contact dia, boleh email je. Service dia mmg tiptop. Ramai org ambil dia jadi tour guide. Selamat bercuti!

Namsan Tower

Chonggye River

City Hall

Ewha Women University

Suwon Fortress

Namdaemun. Kalau nak beli souvenirs, pergi kedai kakak ni. Dia jual dgn harga jauh lagi murah daripada kedai lain. Barang dia jual pun comel-comel tau! Tak percaya? Kena pergi dulu.

Namdaemun

Gosame @ Sincheon

Makan @ Itaewon

Sky Park @ Kedah Darul Aman (Hahaha)

Kami mmg bergerak naik public transport sahaja termasuklah subway dan bas. Lagi jimat.

Bekas letak brooch, brg makeup bermacam-macam saiz di Insadong

Aiskrim panjang best in the world di Myeondong. Tapi potato rolls makcik belakang tu nampak lagi sedap. Hm

Kain manyak murah maca-macam kualiti baik punya! Kwanjang Market


Comments

Azlina said…
1650 tu include flight ?
Not included. only transportation dlm bandar.
This comment has been removed by the author.