Places you should visit in Hanoi
Post kali ni menceritakan serba sedikit tentang trip saya ke Hanoi dua bulan yang lepas. Sorry sebab post lambat sebab banyak urusan dunia yang perlu diselesaikan dahulu. Maaf juga atas segala kekurangan.
HA LONG BAY
Ha Long Bay ni adalah salah satu destinasi yang wajib korg pergi. Bagi sesiapa yang minat pada laut dan alam semula jadi, sini lah tempat yang paling sesuai sebab kat sini ada banyak gua yang korg boleh lawat. Untuk ke gua-gua ni, korg kena lah menyewa bot. Terpulang pada masing-masing sama ada nak menyewa satu bot untuk sendiri-sendiri aje ataupun nak share bot dengan orang lain. Ktorg masa tu sewa satu bot untuk ktorg je sbb ktorg mmg dah ramai. Seronok! Dalam perjalanan pergi, ktorg dihidangkan dengan masakan laut yang sedap gila nak mati (maafkan saya) untuk lunch. Jadi tenaga yang hilang semasa tidur di dalam bas (hehe) dapat topup balik. Tenaga ni cukuplah untuk ktorg naik tangga gua yang boleh tahan juga tingginya.
Ada orang dengki gambar aku lawa. Dia sebotaj gambar aku. |
Suasana di dalam gua. Korg still boleh nampak anak tangga sebab lampu dorg pasang tu cukup. Orang tua pun boleh masuk. Masuk tidak percuma. |
HO CHI MINH MAUSOLIUM
Ho Chi Minh Mausoleum ni adalah seperti makam bekas president Vietnam iaitu Ho Chi Minh. Berdasarkan tour guide kami, mayatnya diawet dan disimpan di dalam tempat kat belakang tu. Kalau korg datang pada hari Selasa.. tak silap aku la tp ada satu hr tu dorg akan buka makam tu untuk tourist masuk tengok mayat dia. Malangnya masa aku datang tu dia tak bukak, so dapat kirim salam ajelah dekat Ho Chi Minh. Kawasan ni lebih menyerupai Dataran Merdeka. Ada padang yang luas dan jalan luas yang lurus. Cuma bezanya sini sejuk, Malaysia sauna.
HO CHI MINH PRESIDENTIAL PALACE
Kalau korg dah melawat makam dia, takkan taknak melawat rumah dia pulak. Tempat ni kat sebelah tu je. Masuk tidak percuma tapi murah je. Kat dalam tu korg akan dapat lihat rumah-rumah president sepanjang kehidupan dia. Tour guide aku cakap, mula-mula orang binakan dia rumah yang BESARRR... tapi sebab dia tak sanggup tengok rakyat dia susah tapi dia senang, so dia request untuk bina rumah yang lain. Kemudian orang pun binalah rumah president yang kedua. Dia still kata rumah tu terlalu mewah. Akhir sekali, orang binakan dia rumah kayu yang kecil. Memang besar lagi rumah kita yang sekarang. Humble nya president Ho Chi Minh ni kan kawan-kawan. Tak macam pm kita makan duit rakyat. Opss..
Belakang tu rumah president yang pertama. Besar dan cantik. Kita tak dibenarkan masuk ke dalam tu. Jadi bergambar dari jauh pun boleh lah. |
Tadaa! Ni lah rumah president yang ketiga. Bang Jib patut duduk rumah mcm ni je sepatutnya sampai ekonomi Malaysia stable balik. |
SAPA
Ktorg tinggal semalaman di Sapa. Suhu kat sini masa tu 8 darjah celcius je. Gila tak ketar. Sejuk sampai ke tulang sum sum. Sapa ni sebenarnya gunung. Sebab tu lah situ sejuk. Kira hebatlah ktorg ni. Aku pakai sweater je. Orang lain pakai jaket tebal siap dengan scarf bagai. Orang Malaysia lemak tebal.. Kat Sapa ada banyak tempat-tempat yang menarik. Ada street untuk korg shopping, ada tempat untuk dating, tapak pesta, etc. Kat sini kalau nak cerita bab makan memang sedih sikit. Setiap kali makan, breakfast, lunch, dinner, ktorg makan ikan sardin n tuna. Tak pernah lagi aku rasa loya setiap kali nak makan. Ni first time. Masuk restoran grand grand tapi rupa-rupanya ktorg tumpang tempat je. Makan still kena makan sardin dalam tin import dr Thailand. Aku paksa tekak aku telan sebab perut aku dah bergendang mintak makanan je. Kalau tak, aku rela tak makan.
Ni lah makanan ktorg sepanjang ktorg kt Sapa. Food presentation 10/10 tapi rasa -1000/10. Telur rebus je sedap masa tu. Serious. |
Tak ingatlah taman apa yang aku lawat ni. dekat Sapa jugak. |
Sini pun tempat strategik jugak bagi sesiapa yang nak photoshoot. Kat dalam rumah tu ada persembahan kebudayaan. |
Masa otw naik ke taman tu ada kedai-kedai yang jual souvenirs dan makanan macam ginseng, ubi. Mohon korg jangan beli makanan ikut suka hati. Dikhuatiri kehalalan nya. Beli ubi boleh. Sedap. |
TEMPLE OF LITERATURE
Tempat ni lebih kurang macam museum je. Korg dapat tengok senibina temple dorg, landscape dorg jaga elok. Cantik. Kat sini dorg cerita pasal student-student yang telah mengharumkan nama negara. Aku tak baca pun. Korg expect aku datang ni nak baca ke semua benda yang dia tulis?? Memang tak lah. Baca satu dua je cukup. Lain-lain tu photoshoot la, apa lagi?
THANG LONG WATER PUPPET THEATER
Pertama sekali, maafkan saya jika komen saya sebentar lagi mengguris hati mana-mana pihak terutamanya tour guide kami. Maafkan saya. Tempat ni sesuai untuk golongan kanak-kanak sekolah rendah sahaja rasanya kerana berdasarkan pemerhatian saya (kantoi tak fokus) para penonton dewasa bukannya menonton puppet itu. Sebaliknya puppet itu yang menonton penontonnya yang sedang enak dibuai mimpi krohhh krohhh! Bukan tak best. Bagi sesiapa yang nak lihat kelainan, boleh tengok lah puppet ni buat persembahan dalam air. Ada jalan cerita kelakar, ada sedih tapi aku tak faham jugak sebab dia cakap Vietnam. Haha.
HANOI'S OLD QUARTER
Kita start balik cerita best. Tempat ni ialah syurga shopping bagi kaum wanita dan lelaki pun sama dua kali lima. Banyak barang-barang murah kat sini. Korg boleh tawar harga lebih murah jugak tau. Kat sini aku dgn adik aku beli backpack Superdry. Puas hati! Souvenirs boleh dapat dengan harga lebih murah. Kasut sukan tiruan banyak gila. Adik-adik aku beli sorg sepasang. Boleh pusing semua street yang ada sampai tercabut kaki, tangan, kepala semua. Pergi sekali mesti tak puas.
BORDER OF KUNMING, CHINA
Orang singgah just untuk bergambar aje. Takde yang menarik pun.
Buah pelik. Bentuk tuhan dia. Dia ada tempat acuan dia. Sebab tu jadi mcm tu. |
Semua macam takde mood. |
Sekian sahaja cerita saya pada kali ini. Leher saya sakit. Kena rehat. Mungkin salah tido kot. (Tahu la takde kaitan dengan tangan). Assalamualaikum.
Maaf saya tak ingat tempat ni tempat apa. Sebab tu tak cerita. hehe. Yang aku ingat kat sini ada banyak babi berkeliaran. Bai tu lalu sebelah kita buat chill je. Jgn lari. haha |
Comments