Trip to Cameron Highlands


9 Julai 2015 aku habis exam. Maknanya tamatlah semester 4 utk kali ni. Yayyyy! Semester depan aku practical. Mesti lagi mencabar sebab aku akan lebih mendalami construction dgn mengaplikasikan teori dlm kelas secara praktikal. Maka jgn nak mimpi lah Liyana nak photoshoot majalah apa lagi sebab kena kerja dekat site. Sunburn lah kulitku yg mulus gebu macam Snow White ni. Hah! Siapa nak join aku berjemur? Cuci mata tengok bangla. Erghh. Mohon site engineer hensem2 sikit, Sebelum balik rumah jumpa family, aku pergi naik Cameron Highlands dulu. Honeymoon dulu bulan2 posa ni aihhh. Tengok-tengok teh memandangkan tajuk thesis aku berkaitan dengan teh. Kena pergi survey dulu la harga teh dengan lokasi sumber teh tu.

Ini first time aku drive sendiri lalu highway utara selatan. Boleh tahan seram jugak lalu situ. Confuse pulak aku highway dengan litar F1. Masing-masing bawak kereta macam nak terbang. Nasib baik la kereta Malaysia tak di design dengan sayap. Kalau tak, silap2 bankrupt Air Asia. Polis trafik kena pakai jet mcm dlm cerita Jimmy Neutron la kawal traffic atas udara. Mana tahu masa depan nanti keluar berita,"Laluan udara ke Utara sesak". Selalunya orang yang dari KL akan lalu Tapah untuk ke Cameron Highlands. Situ jalan dia kecik sikit & makan masa 1 jam 45 minit untuk sampai ke Tanah Rata. Kalau nak memotong lori/bas tu hati-hatilah. Kalau tak pro, ikut je la bontot bas tu. Biar lambat asal tak jatuh dalam gaung. Kalau orang dari Ipoh selalunya akan lalu ikut Simpang Pulai. Jalan ni lebih selamat sebab lebih besar & lebih cepat sampai kat Kg Raja, Cameron Highlands. Aku bertolak dari Shah Alam pukul 7.00am. Ambil masa 2 jam untuk ke Tapah. Sampai Cameron pukul 10.30am.

Dekat sana aku tinggal dekat Father's Guesthouse di Tanah Rata. Kawasan ni lebih tenang kalau nak dibandingkan dengan Brinchang sebab sana lebih sibuk. Kalau nak sunyi2 ke rasa bosan dah dengar hon kereta semua tu boleh la duduk kat Tanah Rata. Tanah Rata tak jauh pun dari Brinchang. Sejuk jugak walaupun lokasinya lebih rendah daripada Brinchang. Aku tinggal sini satu malam RM100. Sini tak ramai local people. Aku tak tahu kenapa tapi okay lah tempat dia. Selesa. Tak sesuai untuk family yang bawak anak-anak kecik.





Tempat-tempat yang aku dah pergi:
  1. Lata Iskandar
  2. Cactus Valley
  3. Strawbeery Farm
  4. Bee Farm
  5. Tea Valley
  6. Time Tunnel
Masa otw naik ke Cameron Highlands tu, korg boleh la singgah kejap dekat Lata Iskandar. Korg tak dibenarkan untuk mandi dekat sini tau. Papan tanda besar kat tepi tu nanti 'DILARANG MANDI' tapi ramai je pengunjung yg datang celup kaki, budak-budak datang mandi-manda dekat situ. Tapi tempat persalinan tak disediakan. So, pandai-pandai korg lah nak salin baju macam mana nanti. Tempat ni bersih, dijaga. Elok la untuk korg photoshoot kat sini pastu post dekat ig ke fesbuk. heheh
Tiada bayaran dikenakan pun untuk masuk ke Cactus Valley ni. Kat sini korg akan nampak macam-macam jenis cactus dari sekecil-kecil anak dia sampai lah sebesar-besar bapak dia. Yang kecik harga dia RM2 je satu. Korg boleh la beli pastu letak dekat tingkap as a security. Kalau pencuri nak masuk panjat ikut tingkap biar padan muka dia berdarah kena cactus sado berduri kau. haha. Macam-macam warna ada. Ada yang comel tapi berbahaya. Maka janganlah sentuh cactus tu. Takut nanti berdarah pulak, ambulans tak larat nak naik ke Cameron tu bawak kau. haa. Kat sini bukan cactus je ada. Bunga-bungi pun ada. Haha. Canggih tatabahasa aku. Bunga ros, mawar macam-macam kaler, tulip, orkid, sunflowerrrrr pun ada. Beli lah banyak-banyak buat garden depan rumah tu. Tidak lah kosong je.


Aku tahu kebanyakkan org yang datang Cameron ni mesti nak cari strawberry. Kat sini banyak strawberry farm. Pilih jela mana-mana satu. Aku pergi Royal Berry. Kat sini kalau korg petik strawberry dia, nnt kena bayar ikut gram. Aku tak petik pun. Tengok-tengok je farm tu. Memandangkan sekarang bukan musim dia, tak banyak lah strawberry yg tumbuh. Ingat! Walaupun kat situ tak ada CCTV, Allah sentiasa memerhati. Jangan petik pastu suka-suka makan. Haram tau makan sesuatu tanpa izin.


Seterusnya... Bee Farm! Zzzzzzz~ Kat sini banyak jual produk yang berasaskan madu. Jangan risau. Tempat ni selamat. Lebah-lebah tu tak sengat kita pun walaupun kita lalu sebelah rumah dia. Melainkan kalau korg pergi bom rumah dia, haa nahas la korg kena sengat terus kat situ. Nak masuk sini pun free. 

Haa comel kan kawan-kawan kita?


Nak jadi bestfriend pada kawan-kawan kita yang comel tu kena buat gaya gini dulu. Barulah lulus nak jadi member. Gambar takleh besar-besar. Aku pun malu jugak. hoho


Haa ni la tempat favourite aku. Tempat di mana korg boleh exercise otot kaki terutamannya bahagian betis ye jemah-jemah sekalian. Jangan excited sangat sampai sini nak terus turun ke bawah. Karang ada yang naik tangga macam Ju On pulak. Contohnya macam aku la. Excited turun bawah pastu mengeluh nak naik balik. Setiap kali jumpa landing tangga tu kena stop ambil nafas. Tempat ni namanya Bharat Tea Plantation tapi korg boleh park dekat Tea Valley. Situ ada cafe yg menghidangkan teh yang sedap-sedap tapi aku tak dapat merasa pun sebab masa tu puasa. Hanya mampu tengok je la orang yang tak puasa tu minum. Hm.. Kat sini kita tak dibenarkan utk petik daun teh tu. Korg nak petik pun buat apa? Bawak balik nak proses kat rumah? Beli yang dah siap banyak kat kedai. Macam-macam perasa ada. Tinggal bancuh dengan air panas je. Lepas tu nikmatilah secawan teh dengan aman~


Last sekali, tempat paling best jugak lah ni, Time Tunnel. Tak plan pun sebenarnya nak singgah sini sebab tengok macam sejarah je kan. Siapa minat sejarah tu.. haha.. bagusla. Aku dengan sejarah mmg takde bonding pun. Masa kat sekolah asal belajar sejarah je mengantuk. Cikgu aku dah biasa dah cakap sorg2 kat depan tapi alhamdulillah sejarah aku masa PMR dengan SPM A. Tido sambil serap ilmu. Haha. Dekat sini kena bayar RM5 kot per entry. Dekat dalam tu ada banyak barang-barang bersejarah. Lebih kurang macam musium lah. Cuma yg ni kecik sikit. Dalam ni korg boleh explore macam-macam yang menarik. Contohnya macam ubat gigi Darkie tu dengan hantu momok kat gambar belah kanan tu. Haha. Takdela. Banyak lah yg best. Dia cerita pasal sejarah Cameron Highlands, siapa pengasas, apa misteri yang ada kat sini, apa kelebihan Cameron, pembangunan kat sini, etc. Dengan ini sy sajikan dengan gambar-gambar saya sepanjang sy dalam Time Tunnel ni. Tengok la sampai puas. Tak tahu dah nak taip apa. Korg kena pergi sendiri. Best!


Abang, nazak sangat dah dapur kita ni. Bila Bersamamu nak datang sponsor dapur baru? Sedih saya tengok periuk, kuali. At least bagi la dapur gas. Taklah jenuh saya nak hidupkan api.

Comments