Trip to Bali, Indonesia
29 May 2015, Friday
Flight aku pukul 8.20pm malam semalam. Flight 3 jam rasa macam setengah hari pun ada. Tak suka betul naik flight. Paling benci masa landing sebab memang biasa setiap kali landing telinga aku akan berdesing macam nak pecah kepala aku. Ya Allah! Sakit tu tak payah cakap la memang nak pecah salur darah dalam kepala ni. Mak aku kata kalau nak bg kurang sikit sakit tu kena telan air liur ataupun sumbat kapas dalam telinga. Dua2 aku dah buat but still tak berkesan. Kalaulah ada pegangkutan lain selain aeroplane utk travel ke oversea macam pintu ke mana sahaja Doraemon punya tu ke, kan senang. Tapi apakan daya, bagaikan pungguk rindukan bulan je lah.
DAY 1
Well, today is our first day here in Bali. As I woke up this morning, I can see my brothers and sisters happy faces while they get prepared. Tak tahu la kalau dorg bersiap tu sebab tak sabar nak breakfast ke mcm mana. Hari ni tengahari baru ktorg dapat makan. Ni lah salah satu sebab kenapa aku kurus macam orang kurang zat. Hehe. Tak adalah. Ni antara aktiviti-aktiviti yg ktorg buat hari ni:
- Tengok Barong dance
Barong Dance ni cultural performance yang
menggambarkan kepercayaan dan amalan masyarakat Bali kat sini. ‘Barong’ tu
bermaksud harimau iaitu watak utama dalam persembahan tu. Dia lebih kurang
teater la. Bagi peminat teater, boleh la datang tengok persembahan dorg. Harga
masuk cuma Rp 100 000 seorang. Haha. Aku tahu ‘cuma’ tu macam tak relevan
diletakkan di situ tapi apa salahnya kita spend lebih sikit untuk kita kenal
budaya orang kat sini. Bukan selalu pun kita datang. Lagipun tempat2 yang buat
persembahan kebudayaan macam ni memang one of the tourist attraction pun. Aku
tak tahu tempat mana dia bawak ktorg satu family tapi persembahan tu seronok.
- Tengok lukisan
Ada satu kawasan yang aku tak tahu jugak
kat mana dalam area Bali ni, kawasan yang jual hasil lukisan masyarakat sini.
Lukisan dorg memang famous and seriously lawa giloss. Kalau tak, takkan la
driver aku susah-susah nak bawak ktorg pergi sini. Mak ayah aku asal-asal nak
datang tengok je. Biasalah, kita manusia biasa. Manusia memang suka tengok
benda cantik. Elok sampai pintu pagar nak keluar, boleh pulak dorg patah balik
nak pergi beli. Dengan ini, terbanglah Rp 390 000 untuk satu lukisan oil paint
bergambar suasana alam sekitar yang hijau dengan air terjun yang indah.
- Coffee plantation
- Melawat Gunung Kintamani (bukan hiking)
- Melawat Tegalalang rice field
Masa otw balik arif muntah volcano. Aroma muntah menusuk hidung setiap penumpang dalam MPV roda empat tu. Khairina paling kesian sebab terkena tempias percikan muntah tu. Umi hanya mampu menjerit dari sebelah Kharina. Aku duduk belakang lek je. Tutup hidung je la. Nak tengok risau kita pun muntah sekali sebab sebenarnya tengah mual jugak tu. Itulah. Umi yg rasa nak muntah, orang lain yang tolong muntahkan. Nak tahu tak? Supir aku cerita, masa raya
Hindu dorg sula babi dengan besi panas. Macam tu sekali cara dorg 'sembelih' babi tu. Lepas tu korg boleh tengok kat tepi-tepi jalan pun banyak orang jual babi golek. Kalau kt Malaysia ayam golek kan? haha. Sini beza sebab 90% masyarakat Bali adalah penganut agama Hindu. Memang susah nak cari masjid tapi kuil senang je jumpa. Ada la supir aku cerita sikit-sikit. Orang dari
kerajaan Majapahit dulu taknak convert Islam, dorg pindah ke Bali. Kalau Kristian
dekat Menado, Philipines. Budaya Islam banyak dipengaruhi oleh budaya Hindu. Contoh macam pergi kubur masa raya, balik kampong bila raya. Dorg pergi kubur sebelum raya sebab nak minta restu orang mati supaya perayaan tu berjalan lancar. Kalau kita pergi kubur sebab nak mendoakan supaya roh nya tenang di sana.
DAY 2
Baju dah siap packing malam tadi. Bangun pagi punya lah awal sebab mak kata pagi ni nak pergi main rafting. Masing-masing excited. Cubalah kalau tiap-tiap pagi aku dapat bangun dari tidur semudah ni. Tak adalah hari-hari aku rushing nak pergi kelas risau lecturer kunci pintu tapi tiba-tiba, mak cakap tak jadi sebab Arif demam. Sob sob T.T Terpaksalah tukar plan. Jadi, destinasi yang ktorg pergi hari ni:
- Pantai Nusa Dua
Bagi peminat water activities, boleh lah datang sini. Macam-macam game ada. Parasailing, diving, snorkling, banana boat, flying fish, melawat Pulau Penyu, sea walker, etc. Masa aku pergi tu tak dirancang pun sebenarnya. So, tak ada prepare baju tukar. Yang kering dan jimat masa cuma parasailing je. Amek kau dia cas RM 80 sekali main. Dahla satu pusingan 3 minit je. Tak puas. Tapi best lah sebab dapat tengok view pantai dari atas. Kalau korg gayat tengok dari bawah pun takpe. Next time kalau dapat datang lagi ke Bali aku nak try semua water activities yg dia ada. Lagi banyak kita main, lagi banyak diskaun dia bagi.
- Krisna
Krisna ni macam Mydin. Murah semurah murahnya! Orang kata kacang disko dia sedap. Jadi ayah aku pun beli la banyak paket kacang disko tu sebab dia pun peminat tegar kacang-kacang yang ada di dunia ni. Accessories pun banyak yang cantik-cantik dan murah-murah. Kalau korg jenis yang minat barang-barang kraf tangan macam aku, memang belambak la kat situ. Rambang mata aku dibuatnya. Aku beli long sleeve tshirt Bali Rp. 101k, gelang tangan Rp. 25k, keychain, purse, frame gambar. Banyak kan? hehe
- 3D pictures
Disebabkan aku pergi Bali ni dengan family, maka haruslah kita memuaskan hati kanak-kanak juga ye. Jangan nak selfish sangat pergi tempat yang kita suka je. Bagi la dorg rasa enjoy jugak kat Bali ni. Contohnya macam pergi sini ke. Boleh tangkap gambar walaupun kat Malaysia ada street art Penang, street art Shah Alam tapi gambarnya tak sama. Sini banyak jugak lah gambar yang cantik-cantik. Kena bayar jugak tapi tak ingat berapa. Seronok jugak pergi sini. Posing terbalik, terbaring, terduduk. Tak ramai orang. Sebab tu tak malu.
- Bandar Kuta
Sini macam syurga membeli belah barang-barang murah. Kalau kat tepi jalan tu barang tiruan banyak. Lebih kurang macam Petaling Street lah kalau kat Malaysia ni. Aku tak sempat nak lalu kat kedai-kedai kat tepi jalan tu sebab masa tak cukup. Aku cuma pergi shopping kat dalam kedai Matahari je. Situ best jugak shopping. Kasut, sandal memang murah. Baju, seluar pun murah2 jugak. Kesimpulannya semua murah lah. Kalau kat Malaysia baju RM 50. Kat sini baju atau seluar RM40 sehelai tapi buy 2 free 1 pulak tu.
Ktorg dinner kat situ. View kat situ cantik sangat! Lagi-lagi kalau pergi masa sunset. Ramai lah yang datang penuhkan tempat duduk dekat restoran-restoran yang ada kat situ tapi harganya mencekik darah tersedak tersembur terdiam terkelip kelip terkesuma ternganga semua orang. Kalau datang sekali tak datang-datang dah lepas tu tak apalah nak spend lebih sikit. Bukan selalu. Ktorg makan ikan gurami bakar, sayur kangkung goreng, sotong celup tepung, takde kuah kering kontang nasi ktorg. haha. 7 org makan je dah cecah RM200++. Okay la kot sebab ada persembahan lagi, ada view cantik lagi, ada orang datang mainkan lagu pastu nyanyi2 lagi. Okay la. Orang nak honeymoon sesuai la datang sini. Romantik gitu tempat dia. Tapi duit mengalir macam air pantai jugak la cerita dia. haha.
Gambar tak ada nak tunjuk. hehe. Bagi penggemar kain batik Indonesia, boleh la datang sini. Kedai ni paling famous & paling banyak pilihan yang cantik-cantik kebaboom! Aku beli banyakkkkkk! Murah sangat harga dia. Tu beli banyak. Ada orang tu datang sini beli kain dengan harga Rp. 25k semeter tapi dia balik Malaysia jual Rp. 1 juta. Untung banyak wooo!
- Water rafting at Telaga Waja
Yang ni favourite! Kena bayar seorang Rp. 350k bersamaan lebih kurang seratus ringgit. haha. Pengalaman lagi penting daripada duit. Semua orang pergi kecuali mak aku. Dia pergi enjoy dekat spa buat massage dengan facial treatment. Sungai situ panjangnya 16km iaitu 2 jam lebih perjalanan. Tak mencabar sangat sebab adik aku yang 10 tahun pun boleh naik. Anak supir yang umur 2 tahun pun boleh naik. Nasihat aku, datang tu pakai lah sandal atau kasut sukan. Kalau datang pakai selipar, nanti dia suruh sewa sandal dia pulak Rp. 25k. Membazir! Tapi aku lek je pakai selipar. hehe. tapi tak digalakkan la. Aku punya selipar jenis tahan lasak. Bukan flipper yg macam korg selalu pakai buat g jamban tu. Satu bot 4 orang. Setiap bot akan ada seorang guide. Bot aku paling hambar lah rasanya. Kalau orang datang simbah air, masing-masing hanya mampu tersengih dan redha je atas apa yg terjadi. haha. Masa otw tu, macam-macam halangan yg terpaksa ktorg hadapi. Aku dengan Arif duduk bhg depan (malang), khairina dgn Afina ddk belakang (kurang malang). Yang depan akan basah banyak & byk batu langgar ktorg, bukan ktorg yg langgar batu. Dekat sini ada satu istilah ni yang buat aku tergelak; bum bum. hahaha! Maknanya 'hold tight'. Bukan bapok ye. haha.
- Tanah Lot
Kebetulan pulak masa aku datang sini orang-orang Hindu ni berarak nak pergi sembahyang dia sebab malam tu bulan purnama. Kalau korg nak tengok Kecak Dance boleh la datang masa maghrib tapi kita sebagai muslim tak elok sangat pergi tengok sebab tu macam upacara penyembahan dia jugak. Kita cerita pasal benefit tempat ni pulak. Scenery sini cantik. Barang-barang pun murah tapi aku beli jagung bakar dia. Mantop ah! RM 2.80 je satu. Ada macam-macam flavour tp yg paling sedap sekali manis dan masin lah. Rasa dia lain sikit drpd jagung bakar Malaysia.
DAY 4 (last day)
- Denpasar (Toko Kencana)
Gambar tak ada nak tunjuk. hehe. Bagi penggemar kain batik Indonesia, boleh la datang sini. Kedai ni paling famous & paling banyak pilihan yang cantik-cantik kebaboom! Aku beli banyakkkkkk! Murah sangat harga dia. Tu beli banyak. Ada orang tu datang sini beli kain dengan harga Rp. 25k semeter tapi dia balik Malaysia jual Rp. 1 juta. Untung banyak wooo!
Okay lah. Itu je sedikit sebanyak pengalaman aku kat Bali. Best Bali! Datang lah bawak kawan-kawan, family, suami, isteri. Takkan menyesal lah.
Comments