PPO Pulau Pangkor 2015
Halu halu! Wazzup yo?? Haih.. Gua ni dah lama benar tak bukak blog. Cerita hidup banyak je tp sejak bergelar siswazah ni makin menjadi-jadi pulak malasnya. Tangan penat buat assignment. Hari-hari kena menghadap assignment yg toksoh royat la mmg bergunung ketinggian Everest! Korg yg still bersekolah tu mohon bersyukur sikit. Kerja sekolah senang. Jawapan semua dah ada dalam buku. Cikgu suap je ilmu tu. Kadang-kadang teringin nak balik zaman tu. Zaman aku boleh relax2 kalau tak siap kerja sekolah kena rotan, kena marah pun takpe. hoho. Yeke yana ni takpe? Gebang betul. Kaki penat mendaki tangga kejayaan FSPU yang kecondongannya sangat tak selamat dalam aspek engineering nya. That's y kami sampai kelas je semua muka sebengis hulk yang kepanasan.
Dalam van. Otw ke tempat penginapan.
Okay lah. Masa midsem break baru-baru ni, SMF ada trip ke Pangkor. Kelassss SMF skrg weyy. Buat trip ke pulau-pulau aje. Lautan dalam sanggup ku redah gitu.. redah naik feri. Hoho! Nak aku berenang? Tak sampai 500m jauh aku dah tenggelam ditelan laut. Hiperbola sangat kan? Dari UiTM kami naik bas. Untungnya yang perempuan dapat bas kemain selesa boleh siap kuak lentang tenganga tidoq sampai kluaq ayaq lioq basi. Tak ada lah. Gurau je :P Yang lelaki katanya dapat sauna free. Aircond rosak. Turun bas je semua berpeluh macam org baru lepas cuci toilet. Eh come on la. Cuci toilet pun penat apa? Berpeluh jugak kot.
Tunggu dalam kurang lebih sejam macam tu, ktorg pun berpusu-pusu naik feri. Perjalanan nak ke Pulau Pangkor naik feri tu setengah jam je bagi orang yang tak mabuk laut. Kalau orang yang mabuk laut macam aku, rasa macam satu hari naik feri tu. Tengok jam macam tak bergerak pun jarum minit. Perlahan sungguh masa berlalu. Sampai je darat, aku antara orang terawal yang bangun nak keluar. Petang tu, lepas check in bilik masing-masing dekat Suria Beach Resort, Teluk Nipah, ktorg dibenarkan utk buat aktiviti bebas. Ada yang pergi mandi pantai, ada yang sibuk cuci mata. Haha. Aku tak okay. Aku, Fatin, Hafni, Yanie pergi merempit satu pulau! Ktorg sewa motor untuk sejam lepas tu pusing satu pulau. Seronok dia terbaikkkkk la! Aku punya lesen motor pun tak habis lagi. Baru L. Tambah pulak dah expired. hoho! Tak apalah. Pangkor ni tak banyak polis pun. Aku bawak je sambil gendong si Fatin. Yanie gendong si Hafni. Maka merantau lah kami ke setiap ceruk pulau itu.
Iolls naik motor! weng weng~
Dah jadi rutin, setiap kali PPO mesti ada main Guardian Angel. Kali ni aku dapat angel Yuzri. Wakil Town Planning yang datang join ktorg masa tu. Tak kenal pun tapi tak apalah tapi bg sesiapa yg tahu aku macam mana, korg tahu la eh aku bukan hantar surat kt sorg je. Plus ayat aku mesti lain dan over. haha! Guardian aku budak baru. Nama dia Liyana. Awal-awal dia dah kantoi sebab dia kata "We are the L's." Ahhh memang aku detect dia terus lah. haha. Dia pun muka macam dah gubra sebab aku tetiba attack dia kata, "Kau eh guardian aku?" sambil berlari-lari anak ke arah dia.
Macam ni la rupa bot yang ktorg naik tu.
Aktiviti kali ni semua best. Tak menyesal aku datang weh! Serious tak menyesal. Assignment tu nanti boleh buat. ehehe. Ktorg pergi snorkeling (firtst time tau), tengok ikan kecik-kecik kat celah batu. Best! Nak tunggu family aku bawak pergi snorkeling macam lambat lagi je. Excited sangat bila kaki tu celup dalam air laut. Perghhhh! (maaflah over excited). Beach boy yang bawak ktorg tu pulak sporting gila. Borak-borak dengan dia, rupa-rupanya dia sebaya aku je. Muda lagi tp nampak macam dah umur 25 cmtu. Dia bawak bot lajuuuuuu! Tu best jugak sebab beach boy yang lain bawak bot slow aje. heheh. Petang tu, aku sambung lagi main water sports dengan geng tak duduk diam aku tu. 3 games RM50. Kira murah lah tu sebab dekat PD satu game RM30. Melambung-lambung kami dipukul ombak. Cehhhh! Lepas game yg first, Hafni dah surrender dulu. Second game dengan third game, aku, Fatin dengan Yanie je main. Hafni naik bot dengan beach boy tu. Macam nak putus tengkuk aku main benda tu. Jatuh dalam laut banyak kali sebab tangan dah tak kuat nak pegang. Nasihat, bagi orang yang tak suka extreme, tak payah lah naik. Duduk tepi tengok je la. Tak pun naik Banana Boat je. Bukan nak memperendah sesiapa. Takut nanti korg naik pastu malam tu sakit-sakit badan pastu demam. Ramai yang demam masa tu.
Itu jelah segala suka duka yang aku lalui masa kat Pangkor. Jungle trekking tak ada apa yang best sangat. Ramai yang menjerit-jerit takutkan pacat je. Mujur lah pacat tak suka kat aku. Kalau dia naik jugak memang aku cincang-cincang badan dia sampai lumat! Okay lah. Nak sambung buat assignment ni. hehe. Bye!
Comments