Kehidupan seorang pelajar degree semester 3
HELLO EVERYONE!! I'M BACK!! :D
Sejak masuk belajar untuk degree ni setiap kali post aku minta maaf kan sebab jarang update blog. Sekarang pun aku nak minta maaf sebab sepanjang sem 3 yang baru berlalu ni aku sangat busy dengan student life aku. Well, banyak benda yang aku buat. Sama je macam semester-semester sebelum ni--datang kelas, belajar, buat assignment, datang meeting SMF, balik rumah pastu tido. Cuma ada beberapa perkara yang berbeza :
1. Lecturer Ekonomi aku. Setiap kali kelas dia, tak ada sesiapa pun yang boleh relax walaupun dah dapat kerusi selesa kemain ada kusyen, lokasi strategik, aircond lagi.. tidak lagi mencapai zon selesa sebab dia akan attack tak kira ktorg duduk kat celah mana pun. Dia punya style macam ni, kalau dia membebel ke memaki orang ke kita dengar je. Jangan berani lawan! Tahu la padah nya apa bila korg melawan sebab kalau tak buat apa-apa pun dah teruk caci maki nya. Kalau dia tanya soalan, baik jawab sebab kalau betul pun kena marah, kalau salah pun kena marah. Kalau korg confuse dengan apa yang dia ajar, jangan tanya dia. Lebih baik tanya senior-senior sebab nanti dia akan gelarkan kau 'stupid buffalo'. Setiap kali quiz, dia akan cakap ktorg macam-macam. Salah satu dialognya, "Ni lah kelas paling bodoh yang aku ajar berbanding 9 kelas yang lain yang aku ajar." Dekat kelas lain dia akan guna dialog yang sama. Jadi tak tahu lah yang mana sebenarnya kelas paling bodoh. Ada banyak pulak kelas paling bodoh tu. Untuk junior-junior Construction Management, tolong standby mental yang kuat sebelum masuk kelas dia pada semester 3.
2. Sekretariat Mahasiswa Fakulti. Satu badan organisasi di bawah MPP. Bukan orang kuat FSPU tapi aku buat kerja untuk tolong FSPU dan selalunya ktorg yang handle event event fakulti. Semester ni aku tak involve dalam Minggu Mesra Fakulti & Majlis Anugerah Dekan. So, awal sem hari tu aku free sikit lah. Boleh fikir hal-hal lain dulu macam susun jadual, beli buku, kejar senior sebab nak beli nota lama, etc. Aku ingat nanti semester 4 nak buat macam tu jugak lah. Join event sukan (memandangkan hari tu aku dah dilantik oleh MPP baru untuk jadi Exco Sukan so no excuses!), Sukan Antara Fakulti (yang aku dah bolot pingat gangsa free cmtu je untuk acara bola baling dan yang paling best aku jadi penolong pengurus untuk basketball yang dpt meraih tempat ketiga juga) & Malam Pra Graduan.
Ni ada gambar masa MPG. Tema masa ni Back to High School. So semua datang pakai baju sekolah la. Jimat kos. Takyah beli dress labuci labuci bagai. Membazir.
Ni gambar team basketball aku. Tak pernah menang pun sebelum ni. Tiba-tiba aku ada dorg menang pulak. hehe :P Berbaloi jugak la hasil penat lelah aku jadi driver tukang hantar tukang ambil dorg yang duduk dalam kolej ni. Ktorg training kat court luar sebab court dekat Pusat Sukan sentiasa full. So nak tak nak kena training kat tempat lain. Kalau tidak, jangan harap la depa ni nak turun training.
3- Modelling. hoyeahhh! Ni salah satu cabaran yang baru aku sahut tahun ni. Bermula sejak semester break yang lepas di mana aku mencapai tahap kebosanan yang paling tinggi sehingga langit ketujuh! Haa tinggi kan? Pernah la beberapa kali aku pergi photoshoot indoor dengan outdoor sampai penat lelah asthma berpeluh ketiak aku dibuatnya. Nak tengok ke gambar aku? Tak payah la. Model kayu belum jadi getah lagi. haha. Satu lagi, kena bahan dengan kawan-kawan sekelas tu dah memang pasti berlaku. Dapat pulak member yang kaki stalker. Segala posing aku dibuat bahan ketawa. Contoh; epal hijau, simple like this (berserta gaya), posing the kelubong. haha. Tak kisah lah. At least dapat jugak la aku hiburkan dorg secara tidak langsung. hehe. Meh la aku belanja satu gambar latest yang biasa-biasa aje bersama beberapa orang model gojes yang lain. Gambar ni masa ktorg buat Car Boot Sale kat Damansara Ahad lepas.
4- Online business. Korg tahu tak aku ada bisnes sendiri dah sekarang? Search la Tiara Lamona dekat Instagram cepat! Follow ig tu. Cepat-cepat! Siapa tak follow dia rugi. Siapa tak beli lagi rugi sebab produk Tiara semua tailor made. Macam mana boleh terfikir nak buat bisnes ni? Hm. Kan dah lama aku bercita-cita nak buat bisnes sendiri. Dulu mula daripada jual penanda buku dengan kad comels masa sekolah rendah. Ingat lagi. Memang laku! Orang siap nak tempah lagi kad aku. hehe. Lepas tu upgrade pulak. Jual brooch bunga, brooch reben handmade. Semua benda yang I jual handmade okay? Tiada di pasaran. Lepas tu upgrade lagi tapi tak diperluaskan. Aku jual gelang tangan yang pernah jadi trending baru-baru ni lepas Pandora tu. Gantung charms. Comel la. Minat punya pasal. Akhir sekali lepas aku join modelling, terdetik dalam hati nak jual skirt pulak memandangkan aku pun peminat skirt yang tegar dan aku akan meroyan histeria macam kena sampuk hantu neknak setiap kali nampak skirt yang cantik kat kedai. haha. Over betul! Blazer yang aku jual ni aku buat daripada kain saree. Skirt pulak daripada batik Sarawak. Seriously cantik gojes meletops kalau korg si dara manis cantik lagi ayu ni pakai skirt dengan blazer I. hihi. Beli lah. Apa-apa hal boleh ws. Nombor telefon amek dekat Instagram tu.
Fuhh! Penat menaip. Itu je la serba serbi pasal life aku semester 3 hari tu. Sekarang ni tengah menguruskan bisnes and kalau ada sesiapa yang nak tempah card or nak beli blazer dengan skirt tu, ws la eh. Thank you :)
Comments