Dracula Untold putar belitkan sejarah islam

Ingatkan tak ada sesiapa perasan cerita Dracula Untold tu sebenarnya dah diputar belitkan. Lepas scroll fb tadi, ternampak satu post daripada cousin aku yang mengukuhkan lagi pendapat aku. Memang best cerita tu tapi korang tahu tak cerita sebenar penaklukan Istanbul mcm mana? Buka buku, search internet. Tengok balik sejarah Sultan Muhammad Al-Fateh. Sebenarnya tentera Islam yang menang. Saja Yahudi nak kaburkan mata masyarakat dunia dengan sejarah yg diputar belitkan dalam cerita Dracula Untold.



"Melihat cerita Dracula Untold memang benar mencabar
begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al Fateh dalam filem ini
sekarang mudah sahaja nak mengubah sejarah
buat saja movies, masukkan elemen love sikit supaya penonton mudah cair
( kalau buat buku orang tak baca, kalau buat movies, genre action pula, confirm marketing lebih meluas)

tunjukkan sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sampai sanggup korbankan diri kerana rakyatnya
manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa
mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya
(delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun, kalau bunuh, itulah jenayah paling terbesar waktu ketika dahulu)

mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad
mereka tak tunjukkan pula memotong payudara wanita dan penderaan seksual terhadap muslimah muslimah Islam oleh Vlad
mereka tidak pula menunjukkan orang miskin direbus hidup oleh Vlad
mereka tak pula tunjukan yang Vlad pernah meracun sungai Danube
tetapi dalam filem
nah

sekarang
Sultan Muhammad Al Fatih, sultan yang terbaik menurut sabda Nabi 
pembuka Kota Constantiinople
Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia 
Penawanan dibuat secara aman 
(Tapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Bharat kata tentera alfateh telah membakar, membunuh,menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam)

Malah Sultan Mehmet digelar sebaik baik raja menurut hadis nabi
tapi sudah dianggap dunia sebagai
seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dalam filem ini!

Jannisari, kumpulan tentera komando elit pada Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini
Ia, sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli

Iya, dalam satu sudut nampak seperti oppress
tetapi tujuan Sultan mengambil anak anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara
ini memastikan tidak berlaku "coup-de-etat" di kalangan tentera Janissari terhadap kerajaan

Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini
direkodkan ibu bapa Kristian merebut merebut menghantar anak mereka ke Jannisari kerana mereka akan mendapat paling terbaik oleh negara

Mereka akan belajar secara percuma, disekolah percuma, makanan diberi percuma
siap ada ibu bapa yang menyamar jadi Kristian lagi semata mata ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Jannisari!!
mana tidaknya
semua percuma

Kata sejarawan Georgiades Arnakis
"Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman"

Satu lagi
Lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai 
( nama pun cerita kait sejarah kan, mestilah buat betul betul ikut karakter,orang dalam bidang lakonan mesti lagi sangat tekankan benda ini)

Kalau kita ihat lukisan Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al Fateh 
ia lebih segak dan hensem kot

sebab sultan sultan di Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidupnya dan pemakanannya oleh pakar pakar nutrisi sentiasa supaya tampak segak dan tampan
mereka tinggi
badan sasa
tidak gemuk

bila musuh melihat sahaja sudah kagum dan gerun
iya dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya
saya akui

Saya juga tidak memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar
banyak juga
tetapi
menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya
dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh

adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan
tetapi dari segi manusiawi!

* 
apapun
kelemahan kita orang islam juga ada
filem Malaysia masih di tahap memalukan
Dari Mamak Cupcake, Rindu Awok 101%,movies races races. mat rempit jadi contoh, hantu terlompat, hantu puyong, tak habis filem tahyul yang tidak membina penonton

lihat saja mereka
membuat movies ini bukannya ilmu sejarah datang dengan tiba tiba
semuanya dengan kajian dan bacaan

moga sinar kebangkitan filem filem Melayu dapat dipelopori seperti MrTheAllShared dan Hamasah Syabab yang akan memenuhi vakum kekosongan filem filem berkualiti dari tempatan mahupun dari dunia islam
tiba masanya kita pula menyebarkan propanganda melalui filem!
maksud saya bukan lagi filem filem cinta islamik

tetapi filem sejarah islam kita!
--------------------------------------
TAMBAHAN
alaaa, come on la wey, movies je kot 
yang overeacting sangat ni kenapa?
movies untuk entertaiment je la

yes, it just a movies.
cuba bayangkan perkara sama kepada kita. contohnya. ada orang hasilkan movies tentang kisah kita, semua hampir sama, dari tempat lakonan guna rumah kita, nama guna nama sebenar, mak ayah kita guna nama yang sebenar juga. tetapi, filem ni habis semua totally menghina kita, family kita, imej kita....
kata kita gila, kejam, pencuri, perogol

tuan masih anggap itu hiburan lagi ka?
integriti menceritakan sejarah perlu dijaga
anda mungkin rasa ini hiburan, pergi baca comment di youtube oleh non muslim di europe di dracula untold review
baca apa mereka kata tentang turki uthmaniyah sekarang
oppressor, kejam, melampau,barbaric
lepas tu siap sokong lagi Vlad sebagai hero

lihat satu dua movies tentang sejarah Turki
terus comment seperti expert dalam sejarah ketamadunan Turki

sudah ramai yang dah percaya dek kekurangan ilmu tentang sejarah sebenar dari cerita ini
sekarang 
hiburan lagi kah?

*
sensitiviti kepada sejarah hanya pada mereka yang tahu kepentingannya"

Copied from my cousin's Facebook status.

Aku pernah terlibat dalam Program Pemantapan Organisasi yang dianjurkan oleh SMF FSPU UiTM Shah Alam. Salah satu slot yang ada adalah ttg perjuangan Al-Fateh. Yang jadi penceramah masa tu ialah penerbit buku... tak ingat tajuknya apa tapi pasal Al-Fateh jugak la. Dalam slide yang dia tunjuk ada satu trailer movie yg mmg best lah. Aku tengok pun mcm kagum gila. Korg download la drpd internet. Tengok cerita Fetih 1453.


Comments

Unknown said…
fitnah akhir zaman
Aina Syafiqah said…
MTAS spotted ! teringin nak join event dia ~