Trip to Surabaya, Indonesia
Dah lama sebenarnya aku pergi Surabaya ni. Kalau tak silap akhir bulan Febuari yang lepas. Maaf lah lambat update. Ada sesetengah informasi pun dah lupa tapi mudah-mudahan sambil-sambil menaip ni aku dapat ingat balik detik-detik yang aku dah lalui sepanjang aku kat sana.
Perjalanan kami sekeluarga bermula dengan menaiki penerbangan Air Asia yang memakan masa selama satu jam lebih atau pun aku tak ingat. hehe. Bagi penumpang Air Asia ni, anda dinasihatkan utk membawa bantal leher sebab kerusi dia tegak memang sakit belakang, sakit leher habis lah. Tambah pula aku yang kurang bernasib baik kena duduk sebelah seorang pakcik ni. Dia fikir aku rakyat Indonesia. So dia expect aku tak faham la apa yang dia cakap dengan kawan dia tu. Takpe. Kita skip yang tu. Bila aku keluarkan passport aku baru lah dia tersedar, "Lahh. Orang Malaysia ke? Pakcik ingat orang Indon tadi." okayokay takpe pakcik. Saya faham pakcik rabun.
Yay! Dah sampai Surabaya!! :D
Setibanya kami di airport, terdapat supir yang dah pun menunggu ketibaan kami. Wah! Macam VIP ada driver datang ambil! Kami dibawa ke hotel berhampiran dengan Jambatan Merah iaitu sebuah mall di tengah bandar Surabaya. Dekat Jambatan Merah tu banyak jual tudung, shawl, baju, seluar, etc. Murah sangat!
Kami singgah di Masjid Cheng Ho ni untuk solat Zohor dan Asar secara Jamak. Senibina masjid ni unik tapi kat dalam tu tak tahu lah takde kipas ke macam mana ke. Berlantaikan tiles je. Takde carpet macam masjid kita kat Malaysia.
Lepas tu ktorg ada juga singgah kat kedai batik Mandura di Mandura. Perjalanan dari Surabaya tu lama juga sebab tempat ni bukan dekat Surabaya. Seolah-olah kita pergi ke negeri lain la. Apa yang istimewanya batik Mandura ni mungkin pada kualiti kain dan design nya yang cantik. Murah memang murah tapi beringat juga bagi yang muslim, jangan beli kain batik yang coraknya bermotifkan binatang. Lebih cantik kain batik yang coraknya bermotifkan flora dan fauna.
Free free pergilah melawat Safari dorg jugak. Kat situ binatang memang dia tak kurung. Kita boleh masuk safari tu naik kereta & kita boleh datang dekat kat dia tapi dengan syarat jangan turun dari kereta. Cuma tingkap saja boleh bukak utk bagi dorg makan carrot. Dorg akan dtg kat tingkap untuk tuntut makanan dorg. Kalau haiwan macam singa, harimau tu tak boleh bukak la tingkap. Buatnya kalau time tu dorg nampak korg macam 'lunch' ke 'dinner' dorg ke, di terkam nnt. Tak ke naye tu.
Bulatnya muka aku.
Tempat paling best untuk dilawati bila kita dah sampai Jawa Timur ni, Pergunungan Bromo. Kita bukan kena hiking pun. Kita naik atas guna jeep. Tu pun ada orang dia drive tapi macam biasalah. Kena bayar kat dia. Ktorg pergi berempat habis dalam Rp 2 juta jugak la. Campur dengan penginapan, makanan & pengangkutan. Korg takkan menyesal datang sini sebab permandangan situ memukau setiap mata yang memandang. Kita kena naik gunung ni before sunrise sebab kat atas tu nanti sunrise dia cantik sangat. Jadi solat subuh kat atas lah. Ada musolla kat situ tp kiblat kena pandai-pandai sendiri cari. Pasal suhu... agak-agak berapa? Hehe. Ktorg bercakap pun keluar asap dari mulut. Boleh nak sewa jaket tp aku rasa korg better bawak sweater biasa pastu pakailah tshirt kat dalam 3-4 lapis. Sejuknya tu masa pagi je. Lepas tu bila dah pkl 10 camtu suhu dia macam dekat Cameron Highlands je. Aku menyesal beli snowcap sebab macam takde function. Glove memang kena ada! Pastu aku naik gunung ni mana pakai kasut pun. Aku pakai sandal dengan stokin je. Pun boleh :)
Inilah jeep yang ktorg naik tu! Jalan nak ke atas berliku-liku seperti ular kena palu. Aku tahan nak muntah je masa nak naik dengan nak turun. Cameron Highlands pun dulu tak lepas. Naik muntah sekali, turun muntah sekali tapi kali ni alhamdulillah aku berjaya tahan muntah. Hebat lah tu!
Dorg kata tourist datang Gunung Bromo atas 5 tujuan.
1- Sunrise
2- Kawah gunung berapi yang dah tak aktif
(dapat naik kuda!)
3- Savannah
4- Scenery cantik
5- Scenery cantik tp tempat lain
Ni gambar adik aku naik kuda. Aku punya gambar biarlah jadi tatapan aku seorang je sebab aku nampak sangat immature bila naik kuda. hehe
Ni lah kawasan savannah. Tengok tanah dia berasap-asap! Tak panas pun. Sejuk je sini.
Kite nak tidur dulu. babai! ;)
Comments