From matriculation to degree
Aku lambat post pasal ni. Orang dah sibuk isi borang, kita baru nak syok2 cerita pasal result aku.
11 Julai 2013 result upu keluar. Aku dah memang bercadang nak check malam. Takut la tak dapat course yang aku nak ke, tak dapat U yang aku nak ke ataupun lebih parah tak dapat U langsung. Jadi aku taknak lah pasal UPU ni spoil mood aku hari tu. Kalau check malam boleh terus tidur. Tapi sebab tengok kawan-kawan aku semua tengah gembar-gembur pasal result dalam fb & twitter, aku dah takleh bersabar lagi. Dorg pun tak habis2 suruh aku check cepat. So, aku pun sms jela seperti yg disuruh. Tup tap tup tap.. Aku dapat UiTM course Construction Management. Alhamdulillah! Happy bukan kepalang lagi :D
Maka bersemangat pulak aku nak cari member sape yg dapat UiTM. Dalam KMTK 20 orang je yang dapat UiTM untuk batch aku. Sikit gila. Takde sape pulak yang dapat sama course dengan aku. Yang dapat sama UiTM dengan aku Hanis (Interior design. Okay. Ini sangat tak aci sebab dulu aku yg beria-ia nakkan course ni tapi last2 dia yg dapat). Jiga (Quantity Survey. Mula-mula aku fikir nak apply course ni jugak tapi aku ni slow sikit bab mengira. hehe). Irfan (Senibina landskap. Molek sangat lah tu Hanis ID, dia landskap. Rumah dorg nanti mesti lawa. Bukak bisnes sama2 lah korg. Boleh hias rumah aku nanti :P ). Amy (Kejuruteraan Kimia. Faci chemis aku dulu ! Sesuai dah course yg dia ambil). Fathin pun UiTM jugak tapi dia dapat course yang takde kaitan dengan engineering. So dia kata maybe dia dekat UiTM Melaka. Tak tahu lah aku.
Paling ramai student KMTK batch aku dapat UTeM. Second place goes to UTM & yg pasti UiTM bukan dalam top 5 paling ramai student matrik dapat.
Walau apa pun course yang kita dapat, sekarang ni kita kena pasang niat baru untuk jadi lebih baik. 4 flat dalam tangan, alright? Will be struggling for 4 years. Inshaa Allah :D
Comments