Al-kisah sayang saya :)


Assalamualaikum pembaca blog sekalian,

Aku tahu bukan ramai yang baca blog aku ni. Okay lah tu kan? Takde lah aku rasa macam nak kena cover sikit ayat aku.

Baru-baru ni aku belek balik diari aku yang dah lama tak terusik tu. Rindu juga nak tengok diari aku yang warna-warni tu. Siapa yang tak tahu, bab menghias memang akan sentiasa diutamakan dulu berbanding isi yang aku akan tulis. Tak percaya tengok buku nota sejarah aku. Hiasan je lebih. Nota nya sikit je. Haa. Belek punya belek, aku terjumpa kertas '10 ciri suami idaman saya' yang aku tulis tahun lepas. Masa awal-awal nak tulis tu, memanglah nth ape2 je kan. Dalam masa-masa macam ni lah baru aku rasa benda tu berguna. Dulu aku fikir, mana ada lelaki yang perfect tapi sekarang aku dah jumpa :D Aku check balik ciri-ciri yang aku dah tulis tu berapa banyak yang kena dengan 'kawan' aku sorg ni and dia ada 9/10 drpd apa yg aku tulis tu :) Yang satu lagi tu semua budak sebaya aku takde lagi. 

Sejak aku kenal dia, aku rasa bersemangat untuk buat sesuatu yang baru. Sesuatu yang aku pernah terfikir nak buat tapi aku tak buat. Contohnya memasak. Dulu jangan haraplah aku nak sentuh ikan-ikan, menggoreng, etc. Kalau nak dibandingkan dengan adik aku, adik aku selalu masuk dapur tolong mak aku masak. Sebab dia minat. Aku tak minat. Tapi sekarang lain. Aku rasa nak belajar memasak. Alhamdulillah. Adalah 2-3 lauk yang aku dah boleh masak sendiri. Nak bodek bakal mak mertua mestilah kena tahu masak kan? :) Sekarang ni pun, aku tengah latih diri aku untuk jaga batas pergaulan aku. Aku taknak masa muda macam ni, dosa aku dah banyak. Nanti dah tua, berapa banyak lah dosa yang aku dah kumpul :/ One thing yang aku pelik dengan diri aku. Aku tak tahu kenapa dengan dia aku rasa macam banyak idea untuk buat dia happy. I mean, dulu aku tak pernah terfikir idea-idea tu untuk buat ex2 aku happy. Walaupun aku dah perah otak aku untuk idea2 sweet mcm tu tapi tak keluar jugak. Sebab tu lah ex aku kata aku tak sweet. Haih ! Tak faham lah aku. Dia letak magik apa kat aku sampai aku rasa terbuka minda aku bila dengan dia. Aku rasa relax lah.  *garu kepala*

Aku peduli apa orang nak kata aku perigi mencari timba ke apa. Asalkan aku dapat rasa kebahagiaan aku. Kalau asyik pendam je, bila nak dapat? Walaupun dia jauh dengan aku, aku nak jugak dia. Setakat Johor tu, dekat je. Aku dah biasa perjalanan 8 jam pergi Kelantan, takkan Johor tak boleh kot? :D (mcm desperate pulak aku ni)