Wirawati negara in the house ;D


I bet you, PLKN sangat sangat best !
Dapat belajar macam-macam but based on pengalaman aku, aku banyak involved dlm persembahan je. Aktiviti fizikal just cuba2 macam tu je tapi tak masuk pertandingan sebab aku tak layak. hee :P


Aku cerita kat Atie pengalaman aku sepanjang aku dekat kem. I've told her everything including my personal problems. Itulah gunanya kawan baik kan? :) Aku cakap dekat dia, masa dekat PLKN, aku masuk pertandingan nasyid and we won the first place. Mula-mula aku memang dah agak dah, dia akan ketawakan aku. Ada yg cakap, "Alah kau, kalaulah boleh scan kan, sampai kat kau je bunyi *tet* ".


Then aku cerita pulak yg aku ada mendeklamasikan sajak. Dia pelik sbb aku mampu deklamasikan sajak depan ramai orang. Aku tanya dia, kenapa dia pelik. Dia cakap, " Kau nak naik stage dekat sekolah ni pun dah menggeletar macam ape. Nak pergi ambik hadiah sendiri pun tak lepas lagi. " Haha. Aku memang macam tu sejak form 1 ea. Pemalu. XD


Lepas tu, aku cerita pasal aku berlakon untuk etnik cina. ITU KALI PERTAMA DAN KALI TERAKHIR AKU BERLAKON MACAM TU. Memalukan diri je terlompat-lompat kat depan tu main bunga api. Tak pasal-pasal dapat gelaran 'baby tua'. erghh ! Takpelah. Pengalaman. Jalan cerita yang aku lakonkan tu pasal pantang larang cina. Orang cina pasang mercun untuk halau hantu yang kelaparan. Tu je sinopsis dia sebenarnya :D

Last sekali aku perform dikir barat utk malam penutup. Kawan aku ni lagi la terkejut bila aku cakap aku jadi tukang karut. First time aku masuk dikir barat and first time aku jadi tukang karut. Kecek kelate la hoii :D best !

Pengalaman lain ada lagi. Aku menembak. Dapat pegang senjata M16 ! *maaflah. jakun sikit* Markah menembak aku dapat 75 je. Target nak 80. hm. Nak menembak lagi ! Best oh. Bahu aku ada calar sikit lepas menembak tapi tak sakit pun. Aku perasan masa keesokan harinya. Sukan air pulak ktorg main rakit, kayak single and kayak double. Aku tak main kayak single sbb aku takut. Main kayak double pun dah lenguh gila tapi aku tak join pertandingan sukan air tu. Sepatutnya aku masuk kayak tapi.. taknak lah. Nanti basah kasut aku, takde kasut spare :P Kembara halangan ! Haaa. Aku tak lepas Tarzan Swing dgn Monkey apa tah nama dia tu. Tangan tak cukup kuat nak tanggung berat badan. Endingnya, dalam air lah ;D Aku tak masuk jugak pertandingan kembara halangan ni. Kawad kaki pun aku tak masuk sbb masa hari pertandingan tu aku balik g bukak braces. Aku banyak jadi penonton je sbb tu muka aku tak burn teruk sangat. Burn sikit je. Pasal Wirajaya pulak, ktorg buat dekat Gunung Datok dekat Rembau. Rupa-rupanya ayah aku dah pernah pergi sini. Ktorg tak dapat naik gunung sbb track bahaya. Hujan kan? Takut jatuh tergelincir mana mana sorg nnt susah pulak. Aku buddy dgn Bee. Hal masak semua dia buat. Kerja aku just potong bawang, hulur2 kan bahan apa dia nak dan makan. hahaha :D alhamdulillah, Bee masak sedap gila :)




GO DELTA GO DELTA GO~

Ehhh, kompeni ktorg menang kompeni terbaik tau :D

G. double O. D. J. O. B.
Good job ! Good job ! Good job !



Comments