Lepas gian nak blogging :D
Lama dah rasanya aku tak tulis blog. Kalau lahh blog aku ni exposed to air (Uh! Keluar pulak ayat Chemistry. hhi :p Sorry. Baru lps study subjek tu) mesti dah berdebu tebal 3 inci ! Hari ni 16 Oktober 2011. Kira-kira aku ada .... YA ALLAH ! Lagi 29 hari je tinggal?! Aduhaduh ! Kena struggle lebih lagi ni. Lagi-lagi untuk subjek yang aku 'suka' sangat tu. Hopefully gred untuk both subject rendah la nanti. hha :D Trial SPM hari tu aku dapat 2A je. Bukan A- ye. Meme A :) Ohh, bukan A+. Aku tak pernah dapat A+ since form 4. Hishh, bengap betul. With this result too, nasib baiklah aku terpilih untuk graduate. Cuba lah dibuatnye aku tak dapat graduate, mano nok letok muko nih? Malu kot dengan junior, but alhamdulillah dapat lah jugak even dalam kelas paling bawah. Actually bukan aku yang tak pandai. Diaorang yang terlebih pandai, otak macam Jimmy Neutron. Sengit tau saingan.
Dalam tempoh 'tahanan' ni, serious bosan gila sebab ayah langsung tak kasi aku keluar rumah, kecuali nak pergi sekolah, tepu otak aku duduk rumah je memanjang, tambah lemak. haihh ! Macam mana nak maintain stamina kalau makan, tido, study jeh? Ahhh ! Bosanlaa...
Hari Jumaat malam lepas ada solat hajat dekat sekolah. Before that ada ceramah motivasi daripada ustaz jemputan, nama dia aku tak ambil tahu lahh :P Dia cakap Allah suka orang yang meminta-minta daripadaNya. Jadi, setiap kali lepas solat, doa lah panjang-panjang sikit. Mintak je apa-apa sampai setengah jam pun takpe.
"Ya Allah ya tuhanku, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu, berikanlah aku petunjuk agar aku dapat menduduki SPM dengan mudah, lapangkanlah dadaku dan kuatkanlah ingatanku agar aku dapat memahami dan mengingati ilmu, .......... Amin."
Jangan jadi malas.
Waktu solat seterusnya,
"Ya Allah ya tuhanku, macam tadi lah aku mintak. Amin."
Macam mana Allah nak makbulkan kalau doa pun malas? haiyoo ! Hopefully, Allah kabulkan doa aku nak dapat 8A SPM 2011. amin :) subjek Chemistry dengan Physics aku target B je. hee :p
Pernah sekali masa aku study ED, suddenly rasa sakit kepala. Rasa macam stress gila. Ayah aku pulak asik paksa aku suruh faham soalan Additional view yang susah gila tu, erghh ! Then aku mintak excuse, aku keluar rumah, duduk atas buaian dekat padang tepi rumah aku, call buah hati. Then baru lah lega sikit ;) Few days after that, aku pakai inai. Tengok Hajar pakai inai, so aku pun teringin sekali nak pakai tapi aku pakai dekat jari sebelah tangan kiri je sebab aku taknak nampak macam obvious sangat. Mana lah tahu tiba-tiba cikgu disiplin marah, mampus aku !
Penat dah menaip. Kbye :)
Comments